bagaimana kegunaan simbol transilasi dari bahasa arab ke bahasa melayu | Simbol-simbol transliterasi hanya digunakan dalam buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tetapi banyak menggunakan istilah daripada bahasa Arab. Tujuannya untuk mengeja bunyi sebutan Arab dengan betul. Contoh simbol transliterasi dan panduan penggunaannya boleh dirujuk dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga m/s 142-148. | Lain-lain | 15.02.2008 |
saya mahukan simbol fonetik vokal Bahasa Melayu untu tugasan saya. | Simbol fonetik bahasa Melayu boleh diperoleh dengan merujuk buku-buku tentang ilmu Linguistik. Untuk makluman saudara tidak semua komputer kami dibekalkan dengan kemudahan untuk menaip simbol-simbol berkenaan. | Lain-lain | 22.06.2009 |
Saya memohon pihak DBP untuk menerangkan kaedah penggunaan 'di' dalam ayat dan... simbol berikut juga di dalam ayat: 1. / 2. : 3. : - 4. () dan [] serta {} adakah jarak antara ayat diperlukan dalam penggunaan simbol-simbol tersebut. Terima kasih. | 'Di' sebagai awalan: digunakan sebagai pembentuk kata kerja pasif untuk pelaku ketiga, misalnya diangkat, dibawa, dicuri, disimpan dsb. 'Di' sebagai kata sendi mempunyai ciri-ciri yang berikut: i- 'di' sama golongan dengan kata sendi dari, daripada, pada, kepada dsb. ii- Kesemuanya memerlukan objek. Objek pula hanya terbentuk daripada frasa nama yang menunjukkan tempat, dan arah, seperi di sekolah, di padang, dsb. 1. / - tidak perlu dijarakkan selepasnya 2. : perlu dijarakkan selepasnya 3. : - perlu dijarakkan selepasnya 4. () dan [] serta {} - Tidak perlu dijarakkan. | Lain-lain | 21.05.2009 |
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen. | Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk: 1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu". Contohnya: Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. 2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya. Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. 3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu. 4. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. | Lain-lain | 31.12.2016 |
Simbol < dan > dikenali sebagai "strict inequality" dalam Matematik. Apakah istilah yang sesuai bagi 'strict inequality' dalam bahasa Melayu? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "strict inequality' dalam pangkalan data kami. Istilah "inequality" terdapat dalam bidang Matematik, dan padanan bahasa Melayunya ialah ketaksamaan. | Istilah | 01.07.2013 |
Adakah penggunaan simbol '&' dibenarkan untuk menggantikan 'dan' dalam penggunaan media iklan seperti bunting dan banner. Contoh: 20 & 21 April 2013 ( Sabtu & Ahad) | Kami tidak menerima simbol & dalam iklan. Simbol & perlu dieja penuh iaitu dan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Penggunaan kata pemeri. Adakah simbol atau ialah simbol? | Soalan yang pihak tuan/puan ajukan tidak berapa jelas, walau bagaimanapun, menurut buku Tatabahasa Dewan kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara , iaitu dengan penggunaan perkataan ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan, iaitu bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa nama, manakala kata pemeri adalah bagi menunjukkan huraian atau keterangan bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa adjektif, dan frasa nama dengan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 08.05.2018 |
Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai simbol ' dan " serta simbol lain-lain yang digunakan dalam penulisan laporan, surat dan lain-lain, terutamanya melibatkan laporan dalam bahasa inggeris dan dimasukkan perkataan bahasa malaysia. Antara contohnya: Selection Screen refer to 'Laporan Harian'- perkataan didalam '...' itu perlu disengetkan atau tidak. Terima kasih | DBP hanya memberikan khidmat nasihat untuk bahasa Melayu. Tanda petik (" " ) digunakan untuk i. mengapit cakap ajuk ii. mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku iii. mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik (' ' ) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. Untuk maklumat lanjut mengenai tanda baca, sila rujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Ejaan | 14.10.2016 |
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'? | Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khusus | Lain-lain | 24.08.2007 |
Apakah maksud simbol '/' ini dan mana satukah yang betul? - durian/rambutan - durian / rambutan | Maksud simbol tersebut ialah atau. Penggunaan simbol yang betul ialah durian/rambutan | Lain-lain | 21.12.2015 |