sejarah simbolisme,kritikan mengenai simbolisme,pandangan islam mengenai simbolisme,contoh karya sastera simbolisme | Simbolisme bermaksud penggunaan simbol (lambang) untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu. Maklumat yang berkaitan dengan sastera simbolisme dalam sumber rujukan kami, saudara boleh rujuk artikel Ismail Kassan mengungkapkan simbolisme dalam karyanya, Dewan Sastera, 15 Jun 1984, Simbolisme dalam pantun percintaan Melayu, Dewan Sastera, 1 Februari 1998 dan Simbolisme fonetik dalam puisi, Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, 1 Mei 1999. | Sastera | 17.03.2011 |
Assalamualaikum. Buat pengetahuan saudara, saya sedang mengkaji unsur perlambangan "masa" dalam sajak. Saya ingin bertanya mengenai perbezaan antara perlambangan dengan simbolisme dalam sajak. Soalan kedua saya ialah maksud lambang "petang" dalam sajak. Terima kasih atas daya usaha membantu. | Waalaikumusalam wbk. Perlambangan dan simbolisme dalam sajak sebenarnya tiada yang berbeza. Perkataan lambang adalah kata dasar dalam bahasa Melayu sementara symbol adalah kata dasar dalam bahasa Inggeris. Lambang "petang" dalam sajak bermaksud waktu antara pukul 12:01 tengah hari (petang) hingga pukul 7:00 petang. Petang dalam konteks ini bermaksud cuaca redup atau matahati tenggelam. Perlambangan (metafora) "petang" boleh juga bermaksud usia senja atau umur yang lewat/tua. Bagi mendapatkan maklumat lengkap dan jelas, sdr. dicadangkan membeli atau membuat rujukan pada buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari (terbitan DBP) dan Kamus Puisi (Siri Kamus Istilah MABBIM) terbitan DBP, 2005. Sekian, terima kasih dan wassalam. | Lain-lain | 21.07.2009 |