| laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile? | Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih. | Makna | 08.07.2008 |
| maksud Anafora.metafora dan simile | Merujuk Kamus Dewan, anafora bermaksud (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. Manakala metafora ialah (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan). Simile pula ialah perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, mis bodoh macam lembu. | Lain-lain | 19.06.2010 |
| Sebutan bagi perkataan “simile”, [si.mi.lé] atau [si.mi.li]? Terima kasih. | Sebutan yang betul ialah [si.mi.lé]. | Ejaan | 18.04.2012 |
| Bila guna gaya bahasa seperti simile, metafora, hiperbola dan karya sastera? Adakah digunakan semasa paragraf deskripsi, detik-detik penting seperti prolog, epilog, letupan emosi dan klimaks sahaja? | Salam tuan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 26.11.2025 |
| Bila guna gaya bahasa seperti simile, metafora, hiperbola dan karya sastera? Adakah digunakan semasa paragraf deskripsi, detik-detik penting seperti prolog, epilog, letupan emosi dan klimaks sahaja? | Salam tuan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 06.10.2025 |
| ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke? | Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. | Lain-lain | 25.03.2010 |
| Apakah buku rujukan paling bersesuaian untuk dibaca sekiranya ingin meningkat lagi penggunaan bahasa sastera seperti hiperbola, simile, metafora, kontras dan lain-lain. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 04.01.2026 |
| Apakah buku rujukan paling bersesuaian untuk dibaca sekiranya ingin meningkat lagi penggunaan bahasa sastera seperti hiperbola, simile, metafora, kontras dan lain-lain. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 06.10.2025 |
| Apa maksud perkataan simili? | Perkataan simili tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir dengan simili ialah simile yang membawa maksud perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dan sebagainya) dan yang lain. | Makna | 22.04.2013 |
| BERIKAN JENIS GAYA BAHASA SERTA MAKSUDNYA? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 440, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi, simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain Personafikasi - memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak. Simile - unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunkaan perkataan seperti, umpama, bak , dan laksana untuk menunjukkan perbandingan. Metafora - perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya. Alitrasi - pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak. hiperbola - sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudari dalam hal ini. Terima kasih | Lain-lain | 08.01.2009 |