Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. menabung di dalam bank / menabung di bank / menabung dalam bank 2. simpanan di dalam bank / simpanan di bank / simpanan dalam bank Yang manakah di atas adalah betul? Terima kasih.Frasa yang tepat ialah menabung di bank dan simpanan di bank.Tatabahasa15.07.2013
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk PERODUA Stock Yard. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Tempat Simpanan Kenderaan PERODUA 2. Pusat Simpanan Kenderaan PERODUAKedua-duanya boleh digunakan.  "Tempat" menunjukkan skala kecil manakala "pusat" pula merujuk kepada skala besar, iaitu segala kenderaan PERODUA berpusat di situ.Makna20.08.2014
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200.Ayat pertama dan kedua betul.

Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat.
1. Apatah nasib keluarga Muksin?
2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200.
Tatabahasa10.07.2013
1. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian, ulasan dan sebagainya yang berkaitan tentang syair bidasari ini? 2.Sejauh simpanan maklumat DBP, berapa banyakkah kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana terhadap syair bidasari?Untuk makluman saudara, berhubung dengan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian tentan Syair Bidasari , dicadangkan supaya saudara menghubungi Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atau Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM,Bangi. Berdasarkan maklumat yang ada Syair Bidasari telah dikaji oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad, seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1089. Prof.Madya Hashim Ismail, seorang pensyarah dari Universiti Malaya juga membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme Yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair. Buku ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005.Lain-lain28.07.2010
Adakah buku ini ada dalam stock/simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka. Nama Buku: Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah Penulis: Hussein MahmoodSekiranya anda telah mendaftar menjadi ahli Rakan Dewan, anda boleh merujuk buku ini di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah Hussein Mahmood Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1993. 371.20709595 HusLain-lain17.06.2007
apakah yang di maksudkan dengan 'konglomerate'?

Maklumat yang dipohon tiada dalam simpanan kami, namun demikian, bagi membantu saudara, ejaan yang pihak kami peroleh ialah "konglomerat". Menurut Kamus Dewan, Konglomerat mempunyai beberapa takrifan.

takrifan pertama (1) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat;

2. (Eko) firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian.

Mohon agar saudara dapat memberi maklumat lanjut berkaitan bahan carian agar pihak kami dapat membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Makna02.01.2008
Selamat Sejahtera, saya ingin meminta jasa baik pihak DBP jika ada menyimpan rekod kelulusan untuk papan iklan syarikat Study Germany Sdn. Bhd. (1285998A) Hal ini kerana kesilapan pihak kami kehilangan rekod simpanan kelulusan dari DBP,pihak kami ingin memperbaharui lesen pejabat urusan. Wakil pihak kami ada ke pejabat DBP tahun ini pada bulan April untuk mendapatkan kelulusan meletakkan papan iklan. Jenis papan iklan kami : 1.) Menganjur/tak bersinar 1 muka 2.) Menganjur/tak bersinar 2 muka 3.) Melintang/bersinar Kami amat berterima kasih jika pihak DBP dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan pihak puan membuat permohonan semula  dan Untuk pengesahan segera, puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur.  Puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. .Pihak kami sukar menyemak data iklan  tanpa maklumat lengkap seperti tarikh, no. permohonan, alamat  pemohon dan sebagainya kerana data iklan terlalu banyak. Lain-lain07.10.2019
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?)Kata ganti yang sesuai digunakan:

1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda.
2. Permaisuri kepada putera = bonda
3. Putera kepada permaisuri = anakanda
Istilah19.11.2016
Apa makna perkataan "matang"Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, matang bermaksud 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll);Makna01.09.2010
Salam sejahtera...sy zaini dr penang...sy ingin menerbitkn buku sajak @ buku puisi bahasa melayu kerana dalam simpanan sy ada lebih kurang 200 buah sajak...sy ingin bertanya kpd pihak tuan/puan apa yg perlu sy buat & cukupkah hanya sekadar 200 mukasurat dapat menghasilkn sebuah buku... Soaln seterusnya sekiranya boleh...apa yg perlu sy bt...mohon cadangan dr pihak tuan/puan...terima kasih.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penerbitan buku sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sastera, melalui talian 03-21479512/ 9513/9514/9515. 1">

1"> 

Lain-lain01.02.2015
12

Kembali ke atas