Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.po.sium] | سيمڤوسيوم

Definisi : pertemuan antara para cendekia­wan, pakar, dsb utk membincangkan sesuatu persoalan, perkara, dsb; bersimposium menghadiri, menyertai atau mengadakan simposium: memang ada orang yg suka berseminar, berbengkel, ~ dsb di sana sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.po.sium] | سيمڤوسيوم

Definisi : pertemuan antara para cendekiawan, pakar, dsb utk mem­bincangkan sesuatu persoalan, perkara, dsb. bersimposium menghadiri, me­nyertai atau mengadakan simposium: Para penyelidik itu ~ di Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simposium
Rujuk :seminar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian

Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan.

Lain-lain03.09.2009

Kembali ke atas