Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yg berlainan drpd erti perkataan-perkataan yg membentuknya (spt kaki ayam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa. Tesaurus Bahasa Melayu DBP menunjukkan simpulan bahasa bukan salah satu sinonim untuk peribahasa. Tolong jangan jawab guna analogi idiom dan proverb dalam bahasa Inggeris.Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Manakala simpulan bahasa ialah ungkapan yg terdiri drpd 2 perkataan atau lebih dan mempunyai makna berlainan drpd erti perkatan-perkataan yg membentuknya.Makna23.07.2007
Ingin mengetahui tentang peribahasa dan simpulan bahasa, halaman yang berkaitan.

Layari www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa atau simpulan bahasa berkenaan. Saudara akan memperoleh maklumat daripada pelbagai bidang seperti kamus, istilah dan peribahasa. Untuk simpulan bahasa, klik 'peribahasa', manakala untuk simpulan bahasa lazimnya ditandakan dalam huraian makna entri kamus berkenaan.

 

Lain-lain29.04.2011
Salam 1 Malaysia. Apakah simpulan bahasa ini"menumbuk padi". terima kasihMenumbuk padi bukan simpulan bahasa. Menumbuk padi merupakan satu perbuatan.

Bagai menumbuk padi hampa merupakan peribahasa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).
Tatabahasa16.01.2013
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih

Saudara Gan,

Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah :

  i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa

 ii.  payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya

iii.  tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut

iv. tak putus-putus ketawa

v. barang jemuran yang kering sekali

 

Makna03.02.2010
Salam sejahtera. Adakah "orang tua" tergolong dalam simpulan bahasa? Terima kasih.Orang tua bukan simpulan bahasa.Tatabahasa18.03.2013
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantukLain-lain06.05.2008
Saya ingin tahu erti yang tepat tentang Simpulan Bahasa "Berani mati" Di sekolah-sekolah di Singapura Simpulan Bahasa itu mempunyai erti "sangat tekad" . Apakah itu erti sebenarnya? Guru-guru terpaksa gunakan erti di atas sebab telah ditentukan oleh pihak "pakar" Setahu saya, (guru lama) erti itu, membawa makna "orang yang berani dan tidak hiraukan nyawanya ketika melakukan sesuatu atau sangat berbahaya. Harap dapat penjelasan dari pihak tuan/puan. Terima kasih

Encik Khalid terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Secara umumnya kita boleh berikan maknanya sebagai sangat tekad tetapi huraian yang saudara berikan itu adalah lebih tepat maknanya. Terima kasih.

Makna13.07.2009
•Disertakan ayat contoh, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. ATAU •Disertakan contoh ayat, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh.Kedua-dua ayat tersebut betul, namun frasa "ayat contoh" lebih banyak digunakan kini kerana ayat itu yang dijadikan contoh sama seperti frasa "rumah contoh".Tatabahasa06.06.2012
adakah salah laku dan tingkah laku itu simpulan bahasa (peribahasa)?Salah laku dan tingkah laku merupakan fasa biasa, bukannya dikategorikan sebagai simpulan bahasa atau peribahasa.Lain-lain27.03.2008
12345678

Kembali ke atas