Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.mu.la.tor] | سيمولاتور

Definisi : sistem atau alat yg direka bentuk utk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (utk tujuan kajian atau latih­an): Malaysia dan Brunei mungkin dapat berkongsi ~ utk melatih juruterbang pesawat pengebom Hawk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simulator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menterjemahkan "Immersive Virtual Simulator" ke dalam Bahasa Melayu. Minta khidmat nasihat bagi istilah yang paling sesuai. Terima kasih.Terjemahan langsung bagi Immersive Virtual Simulator ialah “Simulator Maya Terendam”.  Mohon tuan memberikan konteks penggunaan agar kami boleh mencadangkan  istilah yang paling sesuai.Istilah05.05.2014
Terima kasih di atas penerangan yang telah diberikan. Namun, perkataan "Immersive" dalam penerangan produk saya ini adalah amat penting bagi membezakannya dengan produk simulator yang lain. Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis simulator maya yang telah dicipta. Antaranya adalah simulator maya yang biasa di mana peserta hanya merasakan diri berada di dalam alam maya tetapi tidak boleh membuat pilihan apa yang boleh dilakukan atau dilihat semasa di dalam alam maya tersebut. "Immersive" dalam konteks ini, dalam bentuk yang lebih mendalam, membenarkan peserta membuat pilihan aksi atau pandangan yang mereka mahu. Seolah-olah mereka bebas beraksi di dalam dunia maya tanpa batasan. Oleh kerana itu, perkataan "Immersive" tersebut amat penting bagi membezakan produk baru kami ini dengan simulator maya biasa yang lain. Sekiranya kami ingin juga menekankan perkataan "Immersive" tersebut, bagaimanakah kaedah terbaik bagi kami meletakkanya di dalam dokumen atau penerangan produk? Bolehkah kami menggunakan perkataan pinjaman "Immersive" atau "Imersif" bagi tujuan tersebut? Sama seperti perkataan kondusif yang dipinjam bagi menggantikan pernggunaan perkataan "condusive". Terima kasih.Berdasarkan penerangan teperinci yang tuan berikan mengenai konsep “immersive”, kami memahami terdapat perbezaan konsep antara simulator maya biasa dengan simulator yang tuan maksudkan. Memang benar, contoh pembentukkan perkataan kondusif dan eksklusif mewajarkan penggunaan “imersif” namun istilah ini belum ada lagi dalam pangkalan data DBP. Sehubungan itu, tuan boleh menggunakan perkataan “imersif” dalam dokumen dan penerangan produk sehingga ada istilah yang lebih tepat yang boleh menggantikan ‘imersif’.Istilah07.05.2014
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan tersebut. Namun saya berpendapat bahawa terjemahan langsung tersebut tidak begitu sesuai dan agak lucu sekiranya digunakan bagi tatapan umum. “Immersive” dalam konteks di sini bermaksud Simulator Maya yang mampu "membawa peserta masuk” ke dalam alam maya. Puas sudah saya membuat rujukan dan rasanya belum ada perkataan Bahasa Melayu yang tepat. Mungkin kita perlu “meminjam” perkataan “imersif” bagi tujuan ini. Harap dapat dipanjangkan khidmat bantuan DBP. Terima kasih.Setelah tuan menjelaskan konteks penggunaan, DBP mencadangkan padanan bagi  Immersive Virtual Simulator ialah Simulator Maya’. Dalam konsep peristilahan bahasa Melayu, kita tidak perlu memberikan padanan perkataan demi perkataan sekiranya makna dalam bahasa Melayu telah difahami. Dalam buku Kamus Dewan, perkataan ‘simulator’ diberikan makna sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan). Jadi jika dibentuk istilah ‘Simulator Maya’ kita akan memahaminya sebagai sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan dalam alam maya atau dalam bahasa yang lebih mudah seolah-olah peserta berada dalam dalam maya. Istilah05.05.2014

Kembali ke atas