Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin] | سين

Definisi : 1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60); 2. huruf ke-13 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah  سمليسيا.Ejaan14.04.2012
a) Sin Ling membuat tanglung ikan. b) Sin Ling membuat tanglung arnab. 1. Sin Ling membuat tanglung ikan dan arnab. 2. Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab. Jawapan 1 dan 2 di atas, yang mana betul? minta encik/puan beri pencerahan. terima kasih.Ayat yang betul ialah “Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab”. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan tanglung perlu diulang kerana merujuk jenis tanglung yang berbeza.Tatabahasa06.10.2022
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 
2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. 
Lain-lain01.10.2021
Dalam Matematik, istilah "arctan", "arccos" dan "arcsin" digunakan untuk menerangkan songsangan nisbah trigonometri tan, kos dan sin. Apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk arctan, arccos dan arcsin ini?Padanan bahasa Melayu bagi istilah arc tan - lengkuk tan, arc cos - lengkuk kosinus dan arc sin - lengkuk sin.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.11.2022
selamat sejahtera encik/puan. 1. Sin Ling menggosok gigi setiap pagi dan malam. 2. Sin Ling menggosok gigi setiap pagi dan setiap malam. Ayat mana yang betul? Adakah perlu setiap diulang? terima kasih.Ayat yang betul ialah  "Sin Ling menggosok gigi setiap pagi dan malam". Tatabahasa25.11.2022
Huruf sin dan nun di akhir perkataan "sains"dalam Jawi ditulis rapat tapi tidak bersambung. Bagaimana hendak ditaip begitu menggunakan papan kekunci?Puan boleh cuba dengan menekan butang "shift + X" atau butang "ctrl + sempang". Walau bagaimanapun, cara ini bergantung pada papan kekunci yang digunakan.Lain-lain05.03.2024
Ting Sin Mee Jul 31st, 4:57pm Apakah beza pernggunaan perkataan "disemadikan" dan dikebumikan"?Perkataan disemadikan dan dikebumikan, kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu bertujuan untuk menguburkan jenazah/mayat yang telah meninggal dunia. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.Istilah31.07.2015
SEKARANG TERSEBAR EJAAN MALAYSIA DI TERBALIKAN MENJADI ISLAM DALAM EJAAN JAWI MIM,LAM ALIF,SIN, YA ,ALIF= MALAYSIA DAN ALIF YA,SIN, LAM ALIF DAN MIM SOALAN SAYA ADAKAH BENAR EJAAN MALAYSIA DALAM JAWI BEGITU.. BILA SAYA BERHUJAH , EJAAN TU SALAH..MEREKA SURUH RUJUK DBP saya harap pihak dpb boleh bagi pencerahanSila lihat ejaan di bawah:

ٳسلام - مالسٳ

مليسيا – ايسيلم

Adakah sama?
Ejaan26.08.2019
Pengesahan tulisan jawi,bagi KTSPS TRADING SDN BHDك.ت.س.ف.س تراديغ سنديرين برحد  KTSPS (kaf-ada kaki di atas . ta . sin . pa-titik tiga di atas . sin) Trading (ta ra alif dal ya nga-titik tiga di atas)Ejaan01.02.2012
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain10.10.2012
123

Kembali ke atas