| Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "syndication" yang merujuk kepada "broadcast syndication". Broadcasting syndication is the license to broadcast television programs and radio programs by multiple television stations and radio stations, without going through a broadcast network. Terima kasih | Padanan untuk perkataan syndication dalam bahasa Melayu ialah sindiket. Salah satu definisi sindiket mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sindiket ialah kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dan lain-lain) yang bersatu untuk melaksanakan sesuatu projek dan sebagainya secara bersama. Broadcast syndication = Sindiket Penyiaran Terima kasih. | Makna | 12.10.2017 |
| fraud syndicate | Padanan bahasa Melayu untuk "fraud syndicate" ialah sindiket penipuan. | Istilah | 30.06.2016 |
| Tolong semak jawapan saya. Terima kasih. Tukarkan ayat aktif ayat pasif. 1.Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu. Jwp: Semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja. 2.Kini, kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. Jwp: Hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani kini setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 3.Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 4.Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. 5.Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Jwp: Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim. | Ayat pasif yang betul ialah: - Semak samun di kiri dan kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
- Kini, hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 483 hingga 493 dan 562 hingga 566. | Tatabahasa | 18.05.2026 |
| Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? Terima kasih. 1. Murid-murid yang ingin menimba ilmu haruslah banyak membaca bahan-bahan ilmiah secara konsisten. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. Adalah penggunaan dua kata ganda tidak tidak dibenarkan dalam satu ayat? 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja mengecat bangunan sekolah akan dimulakan pada cuti penggal yang akan datang. 3. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. 4. Adik makan dengan seleranya sehingga perutnya kembung. 5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. 6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati. 7. Abang menjangkakan perniagaan itu akan bertambah maju dalam jangka masa pendek. | 1. Ayat nombor 1 betul kerana dua kata ganda boleh digunakan dalam satu ayat. 2. Ayat nombor 2 betul 3. Ayat nombor 3 betul 4. Adik makan dengan berselera sehingga perutnya kembung. 5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. 6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim. 7. Ayat nombor 7 betul | Tatabahasa | 04.07.2021 |