Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.drom] | سيندروم

Definisi : kumpulan gejala atau tanda-tanda yg menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu (spt sesuatu keburukan, masalah, dll): tiga kes ~ kekurangan daya tahan penyakit dilaporkan sehingga akhir bulan Mac ini; Menteri Pendidikan telah bercakap tentang ~ malas membaca di ka­langan golongan profesional; ~ Down (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan oleh kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemek, tangan dan kaki yg pendek dan daya berfikir yg lembap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.drom] | سيندروم

Definisi : kumpulan tanda atau gejala yg menunjukkan terdapatnya sesuatu keadaan atau penyakit (spt sesuatu keburukan, masalah) yg dicirikan oleh tanda-tanda tertentu: Guru Besar bercakap ttg ~ malas membaca di kalangan para pelajar. Terdapat kes ~ kurang daya tahan penyakit yg dilaporkan di kawasan itu. ~ Down kecacatan sejak lahir yg disebabkan oleh kerosakan pd kromosom, yg dicirikan oleh daya berfikir yg lembap dan keadaan fizikal yg tidak normal (spt kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemik, serta tangan dan kaki yg pendek). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sindrom


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
.....akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah negara. tuan/puan,betulkah penggunaan kata dalam ayat di atas? 'menyerang' sesuai digunakan dlm konteks ayat tersebut atau tidak?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyerang juga membawa maksud 2. menimpa (penyakit dan lain-lain), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri.
Oleh itu, penggunaan menyerang dalam contoh yang diberikan boleh digunakan.
Tatabahasa05.08.2015
Saya ingin pengesahan cara menulis acronim untuk translasi. Misalnya, jika saya translate sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV, middle east respiratory syndrome)...perlukah saya menulis begini dalam dokumen dimana saya tulis translasi dahulu kemudiannya acronim dan huraian asalnya. Ini sebab acronim MERS-CoV tidak ada dalam bahasa Melayu. Bolehkah saya cipta acronim atsu abreviation sendiri?Cara penulisan akronim bagi nama virus perlu ditulis penuh dalam istilah bahasa Melayu dan diikuti dengan akronim, iaitu Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV)Tatabahasa05.10.2020
Salam. Apakah ejaan Jawi bagi istilah "sindrom Down"? Adakah ejaanya "سيندروم داءون"? Terima kasih.

Ejaan yang diberikan betul, iaitu سيندروم داءون

Ejaan14.02.2021
Adakah penyakit Sindroma Nefrotik perlu ditulis dengan huruf besar?Istilah sindrom nefrotik tidak dieja menggunakan huruf besar. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk maklumat lanjut.  Istilah09.12.2024
1)Adakah perkataan ‘amenorrhea’,’oligomenorrhea’,‘dysmenorrhea’ dan 'hirsutism' boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? 2) Adakah Sindrom Ovari Polisistik istilah dalam bahasa Melayu?Sdr. Zatil Liyana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.                                      amenorrhea’,amenorea -Ketiadaan atau pemberhentian haid secara abnormal. -’oligomenorrhea’,-oligomenorea- tidak ada makna yang diterangkan. ‘dysmenorrhea’ -dismenorea- Keadaan berlakunya haid yang sakit. Terima kasihIstilah23.06.2009
1)Adakah perkataan ‘amenorrhea’,’oligomenorrhea’,‘dysmenorrhea’ dan 'hirsutism' boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? 2) Adakah Sindrom Ovari Polisistik istilah dalam bahasa Melayu?

   Sdr. Zatil Liyana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.                                     

amenorrhea’,amenorea -Ketiadaan atau pemberhentian haid secara abnormal. -’oligomenorrhea’,-oligomenorea- tidak ada makna yang diterangkan. ‘dysmenorrhea’ -dismenorea- Keadaan berlakunya haid yang sakit. Terima kasih

Istilah22.06.2009
Bagaimana untuk saya menterjemahkan istilah ini: "sick building syndrome" (SBS) dan "building related illness" (BRI) Adakah betul dengan menyatakan sebagai: Sindrom bangunan sakit dan penyakit berkaitan bangunanUntuk makluman, istilah 'sick building syndrome' atau 'building related illness' tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan  bahasa Melayu yang dicadangkan untuk kedua-dua istilah tersebut ialah penyakit berkait bangunan.Istilah06.04.2011
Adakah ayat berikut betul dan jika salah sila nyatakan alasannya dan ayat yang betul. 1. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanaka autistik ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah. 2. Ini sering menyebabkan... 3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan. 4.Dari seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga-keluarga profesional. 5. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Sdr. de miraz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

berikut diberikan ayat yang telah dibaiki untuk perhatian Sdr.

 1. Ahli keluarga perlu tabah dan sabar menghadapi kanak-kanak autistik ini. Mereka perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi menghadapi masalah seperti ini. Oleh sebab  banyak perhatian perlu diberikan kepada kanak-kanak seperti ini ia mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga sendiri anak sepenuh masa di rumah.  2. Ini sering menyebabkan...  3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan.  4.Daripada  seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisme boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi, walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering terdapat dalam kalangan keluarga-keluarga profesional.  5. Autisme ialah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan kanak-kanak yang menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering dijalankan tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses diagnosis.

 

Tatabahasa24.02.2009

Kembali ke atas