Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ner.gi] | سينرݢي

Definisi : 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan pa­duan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama an­tara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ner.gi] | سينرݢي

Definisi : 1 tindakan bersama dua atau lebih bahan, otot, dll utk menghasilkan tindakan padu yg lebih berkesan berbanding dgn tindakan bahan dll secara berasingan. 2 usaha sama antara individu, organisasi dll yg hasilnya lebih baik berbanding jika usaha tsb dilakukan secara sendirian: ~ antara agensi menjadi penting utk melicinkan operasi jentera kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sinergi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon sahkan sama ada frasa berikut betul mengikut sistem Bahasa Melayu: "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Pintar" ATAU "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pintar dalam Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris"

Pada pandangan kami, sinergi yang dilaksanakan secara pintar bukan bahasa yang pintar, maka frasa yang betul ialah "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pintar dalam Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris”.

 

Penyemakan dan penterjemahan31.01.2015
apakah maksud sinergi?Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud  tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.Makna22.02.2013
apakah maksud 'sinergi'?? terima kasih

Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.

Makna01.04.2010
salam sejahtera, Soalan: perkataan sinergi dan obligasi dalam kamus dewan ke-5 tidak terdapat perkataan berimbuhan. Adakah bersinergi dan berobligasi boleh digunakan?Tidak ada kata terbitan daripada perkataan sinergi dan obligasi dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut boleh diberi imbuhan selagi tidak bertentangan dengan aspek makna yang terkandung dalam kata dasar. Perkataan bersinergi dan berobligasi boleh digunakan kerana kedua-dua perkataan tersebut memberi makna melakukan perbuatan seperti yang terkandung dalam kata dasar.Tatabahasa10.03.2013
Apakah maksud bersinergiBersinergi berasal daripada perkataan "sinergi" yang mempunyai dua maksud:

1. Tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dan sebagainya untuk menghasilkan tindakan pa­duan yang lebih berkesan daripada tindakan bahan tersebut secara berasingan
2. Usaha sama an­tara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.
Istilah23.06.2016
askm / slm sejhtera... ada tak perkataan yg ringkas tetapi padat - 'kerjasama drpd 2 benda atau lebih utk menghasilkan gabungan kesan yg lebih besar drpad kesan yg di asingkan'. jika enggeris 'synergy' tp saya nk dlm bhsa melyu... ada cadangan atau bagimana..? jwpnya... harap dpt lebih cepat lebih baik.. trima kasih fieda abas

Sinergi bermaksud usaha sama an­tara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. Tetapi jika merujuk kepada benda, perkataan sinergi mungkin kurang sesuai. Dicadangkan perkataan sinergi diganti dengan ''gabungan' atau 'penyatuan' atau 'percantuman'.  

Tatabahasa16.03.2009

Kembali ke atas