apakah maksud 'sinergi'?? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Makna | 01.04.2010 |
Mohon sahkan sama ada frasa berikut betul mengikut sistem Bahasa Melayu: "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Pintar" ATAU "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pintar dalam Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris" | Pada pandangan kami, sinergi yang dilaksanakan secara pintar bukan bahasa yang pintar, maka frasa yang betul ialah "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pintar dalam Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris”.1"> 1"> | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2015 |
Apakah maksud bersinergi | Bersinergi berasal daripada perkataan "sinergi" yang mempunyai dua maksud: 1. Tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dan sebagainya untuk menghasilkan tindakan paduan yang lebih berkesan daripada tindakan bahan tersebut secara berasingan 2. Usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Istilah | 23.06.2016 |