Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.kap] | سيڠکڤ

Definisi : ; menyingkap, menyingkapkan 1.membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit­belit); tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rah­sia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan penge­tahuan yg lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.kap] | سيڠکڤ

Definisi : ; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap ter­buka atau terangkat penutupnya; ter­selak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkap
Kata Terbitan : menyingkap, tersingkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah padanan yang paling tepat untuk perkataan "menyingkap"? e.g. Wayang tersebut singkap kegemilangan pawagam di Geylang zaman 50-anPerkataan “menyingkap” dalam ayat “Wayang tersebut menyingkap zaman kegemilangan pawagam di Geylang pada tahun 50-an”, betul.Tatabahasa25.08.2022
NullCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah flip card ialah kad selak atau kad singkap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.05.2025

Kembali ke atas