Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.ki] | سيڠکي

Definisi : penadah air paip tempat membasuh pinggan mangkuk dll (drpd tembikar, alu­minium, dll) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.ki] | سيڠکي

Definisi : penadah air paip yg biasanya dibuat drpd tembikar; sink. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata singki


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berkumur di singki atau kumur di singkiKedua-dua ayat tersebut betul. Ayat yang lebih gramatis ialah "Berkumur di singki."Lain-lain31.05.2023
penggunaan kata singki atau sinki ? Terima kasihEjaan yang betul ialah singki.Ejaan22.07.2011
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya ejaan yang betul untuk padanan bagi perkataan "sink". Singki atau sinki? Dalam khidmat nasihat PRPM, ada kedua-dua penggunaan kata tersebut. Jadi, ejaan mana yang diguna pakai? Terima kasih.

Ejaan yang tepat ialah singki.

Ejaan02.11.2021
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih.Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah:
1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan]
2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih].
Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa10.10.2012
Minta pandangan bagi penulisan ayat ini: Kita mestilah bertimbang rasa. Contohnya, memberi tempat duduk kepada nenek tua di dalam bas. Bolehkah perkataan 'contohnya' digunakan untuk memulakan ayat? Yang manakah betul singki atau sinki?1. Perkataan contoh dalam konteks ayat tersebut boleh digunakan.
2. Perkataan yang betul ialah singki.
Tatabahasa14.03.2014
Sarah mencuci pinggan di dalam singki, betul atau salah ? Jika salah mengapa?Ayat ini betul.Tatabahasa25.05.2014
Sarah mencuci pinggan yang kotor di singki. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya. Jika salah, mengapa?Ayat ini juga betul.Tatabahasa21.05.2014
dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai.Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam.Lain-lain07.08.2007

Kembali ke atas