Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®singki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penadah air paip yg dibuat drpd tembikar (aluminium dll) sbg tempat membasuh pinggan mangkuk dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sink


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai.Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam.Lain-lain07.08.2007
Isitilah Bahasa Malaysia yang sesuai untuk 'bib tap' dan 'sink tap'Padanan untuk bib tap dan sink tap ialah pili bebibir dan pili sinki.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017
Salam sejahtera, Adakah "washstand" boleh diterjemahkan kepada "sink cuci tangan" atau dikekalkan seadanya? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Washstand Terima kasih.Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk washstand  ialah dirian sinki. Sekian. Terima kasih.Istilah10.12.2017
Saya ada soalan. Apa maksud perkataan-perkataan di bawah. 1. Listing 2. Listed price 3. Island (Perabot) 4. Breakfast bar 5. Fixer upper 6. Self-levelling 7. Mounted sink Terima kasih.Maksud terjemahan di bawah ialah:
 1. Listing - senarai
2. Listed price - harga daftar
3. Island (Perabot) - kabinet dapur berkonsep pulau
4. Breakfast bar - Bar sarapan pagi
5. Fixer upper - Pengubahsuai
6. Self-levelling -  Aras Sendiri
7. Mounted sink - Sinki lekap atau sangkut
Makna07.03.2017
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air.  Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas.Makna12.10.2012

Kembali ke atas