| salam tuan, apa perbezaan antara klitik dengan sinkop. | Tuan, Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. Manakala klitik merupakan kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
| maksud sinkope(pemendekkan kata) secara penuh serta kajian lalu artikel,rencana atau sebagainya yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap sinkope. | Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. | Tatabahasa | 27.07.2010 |