dalam istilah sastera, wujud tak perkataan sinkof ? saya jumpa dalam kamus dewan ialah sinkope. jadi yang mana satu betul, sinkof atau sinkope? untuk istilah kata yang kita ulang dalam puisi, kita sebut repetisi atau perulangan/pengulangan ? antara perulangan/pengulangan mana satu yang tepat? | Ejaan yang tepat ialah sinkope dan pengulangan untuk repetisi. | Lain-lain | 01.08.2007 |
maksud sinkope(pemendekkan kata) secara penuh serta kajian lalu artikel,rencana atau sebagainya yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap sinkope. | Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Salam, Adakah perkataan 'sinkof' merupakan daftar ejaan bahasa Melayu bagi 'sinkope'? | Istilah dalam bahasa Melayu yang betul ialah sinkope, padanan istilah syncope. | Istilah | 04.02.2014 |
Salam Sejahtera. 1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'? 2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (') 3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak? Terima kasih | Salam sejahtera, 1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna. 2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan. 3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Tatabahasa | 23.09.2015 |