Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; tersipu-sipu = malu ~ = kesipuan, kesipu-sipuan malu sekali: Hasnah ~ tunduk kemalu-maluan; mereka itu pun kesipu­-sipuan malu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk; tersipu-sipu (dgn) pantas, lekas, segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; tersipu-sipu malu sangat-sangat; malu sungguh. kesipu-sipuan dlm keadaan tersipu-sipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sipu
Kata Terbitan : tersipu-sipu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Soalannya, Bakri.........malu apabila dipuji oleh gurunya. (tersenyum-senyum atau tersipu-sipu)Tersipu-sipu.Tatabahasa26.10.2010
Cikgu Fariz tersipu-sipu malu. Tuan Pengetua memujinya. Apakah kata hubung yang lebih sesuai untuk ayat di atas. Apabila atau kerana?Menurut Kamus Dewan perkataan “kerana” digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yang menjadi punca, manakala perkataan “apabila” pula digunakan dalam keadaan semasa, sewaktu, ketika, bilamana dan apakala. Oleh itu, dalam kedua-dua ayat yang dinyatakan, kata hubung “apabila” dan “kerana” boleh digunakan bergantung pada situasi perbualan. Cikgu Fariz tersipu-sipu malu kerana Tuan Pengetua memujinya. ( kata hubung “kerana” ini digunakan apabila menjawab pertanyaan). Cikgu Fariz tersipu-sipu malu apabila Tuan Pengetua memujinya ( kata hubung “apabila” digunakan untuk menunjukkan situasi semasa).Tatabahasa12.03.2018
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019

Kembali ke atas