Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. | Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
Asssalamualaikum, Ayat manakah yang betul? 1. Siput itu mengesot di celah batu. 2. Siput itu mengengsot di celah batu. | Ayat yang betul ialah Siput itu mengengsot di celah batu. | Tatabahasa | 23.05.2012 |
Salam sejahtera tuan. Bolehkah gunakan 'mengutip cangkerang siput di pantai." adakah kulit siput sama dengan cangkerang ? sekian terima kasih. | Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, cangkerang ialah kulit luar yg keras (pd kerang dll). Oleh itu, cangkerang boleh digunakan. | Makna | 03.08.2011 |
Apakah penjodoh bilangan untuk kepah, siput, remis? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
Fungsi -nya ialah kata ganti nama diri ketiga, perkataan "memasukkannya" dalam ayat: "Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik." perlu tukar "memasukkannya" kepada "dimasukkannya" menjadi ayat : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu dimasukkannya ke dalam beg plastik? | Perkataan dimasukkan digunakan dalam ayat pasif seperti "kulit siput dimasukkan oleh Siti ke dalam beg plastik". | Tatabahasa | 24.06.2014 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Ayat yang betul ialah ayat kedua. Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Tatabahasa | 21.06.2014 |
Apakah kata kerja yang digunakan ke atas pergerakan cacing tanah dan siput? Merayap atau merangkak? | Kata kerja merayap paling sesuai untuk menggambarkan pergerakan cacing dan siput. Merayap merujuk perbuatan berjalan (untuk binatang kecil spt semut dll). | Lain-lain | 29.10.2008 |
1. Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan 'mengengsot' dalam Bahasa Inggeris. Dalam konteks penggunaan "bergerakan siput ialah mengengsot". What is the 'mengengsot' word in English? (Is it 'mengengsot' or 'mengesot'?) 2. Kalau perkataan Inggeris "slither" - apa terjemahannya dalam Bahasa Malaysia? 3. Bolehkah digunakan pergerakan 'slither' untuk siput? Atau binatang apa yang paling sesuai untuk menunjukkan pergerakan 'slither'? Harap bantu. Dah cari di Carian Kata untuk terjemahan tetapi tidak jumpa. Sekian, terima kasih | 1. Lazimnya bahasa Inggeris menggunakan perkataan “crawl” untuk menunjukkan pergerakan siput. 2. Padanan bahasa Melayu untuk slither ialah menyelinap. (Contoh ayat: a snake was slithering through the bushes, seekor ular menyelinap di dlm semak.) Sekian. Terima kasih. | Istilah | 13.06.2017 |
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang, kepah dan siput sedut ? (Biji, ketul atau ekor) Adakah SEMUA haiwan penjodoh bilangannya 'ekor'? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. i. Yang manakah antara object berikut mempunyai huruf awalan yang sama? ii. Yang manakah antara berikut mempunyai huruf awalan yang sama? iii. Antara gambar berikut, yang manakah gambar bermula dengan huruf yang sama dengan " siput "? iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan " siput"? i dan ii, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? iii dan iv, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? Terima kasih. | Soalan yang betul: i. Yang manakah antara objek berikut mempunyai huruf awalan yang sama? iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan "siput"?
| Lain-lain | 16.01.2018 |