Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042 | Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
Salam, Mohon bantuan untuk terjemahkan "Recycling & Waste Solutions Department" - pendapat saya: Jabatan Kitar Semula dan Solusi Sisa Pepejal | Jabatan Kitar Semula dan Penyelesaian Bahan Sisa Pepejal | Makna | 13.12.2018 |
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah. | Makna | 22.09.2007 |
Salam, Saya ingin mendapatkan maklumbalas bekenaan terjemahan jabatan berikut: Infrastructure Cleansing and Waste Solutions. Adakah tepat jika diterjemahkan kepada Jabatan Pembersihan Infrastruktur dan Penyelesaian Sisa Pepejal. | Infrastructure Cleansing and Waste Solutions sesuai diterjemahkan kepada Jabatan Pembersihan Infrastruktur dan Pengurusan Sisa Pepejal. | Makna | 05.08.2019 |
Salam, Mohon bantu untuk alih bahasa inggeris bagi jabatan di bawah. Adakah tepat seperti di dalam () Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi) Recycling & Waste Treatment Technology - (Jabatan Kitar Semula dan Teknologi Rawatan Sisa) Sales & Business Development - (Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Jualan) Insfrastructure Cleansing Services - (Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur) | Terjemahan yang sesuai bagi: 1. Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu) 2. Recycling & Waste Treatment Technology - (Teknologi Rawatan Sisa Pepejal dan Kitar Semula) 3. Sales & Business Development - (Pembangunan Perniagaan dan Jualan) 4. Insfrastructure Cleansing Services - (Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur) | Makna | 27.04.2018 |
Apakah maksud PPSPPA? | Merujuk kepada carian kami di internet maksud PPSPPA ialah PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM. Jika ia sesuai dengan perkara yang tuan cari, mungkin ini jawapan yang betul. Sekiranya tuan mempunyai kemusykilan sebegini pada masa akan datang, tuan boleh mencari jawapannya melalui internet sahaja kerana Khidmat Nasihat Bahasa lebih menjurus kepada permasalahan bahasa. Terima kasih.
| Lain-lain | 08.04.2015 |
Salam sejahtera, Pohon semakan kesesuaian ayat bagi perkataan berikut: MENTRANSFORMASIKAN MINDA MASYARAKAT KE ARAH KEBERTANGGUNGJAWABAN TERHADAP KEPENTINGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL. Mohon semakan bagi kesesuaian penggunaan ayat MENTRANFORMASIKAN. Adakah perkara tersebut sesuai dan boleh digunakan. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship | Perkataan "mentransformasikan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
NOTIS DENGAN TINDAKAN: MENGADAKAN TONG SAMPAH JENIS MUDAH ALIH Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan, berdasarkan pemantauan pegawai dan makluman dari konsesi kutipan sisa pepejal seliaan pihak Majlis mendapati, pengurusan sisa buangan dirumah sampah iaitu sisa domestik (sisa kantin) masih berulang dan tidak diurus dengan baik. Perkara ini telah diingatkan melalui notis terdahulu berkaitan untuk mengadakan tong sisa dan mengasingkan lokasi antara sisa domestik (sisa kantin) dengan sisa asrama. 3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon dalam tempoh empat belas (14) hari untuk mengadakan tong sampah jenis mudah alih berkapasiti 1100liter untuk pengurusan kutipan sisa domestik (sisa kantin) sahaja oleh pihak Majlis dan menyemak semula perjanjian tuan dengan pihak kontraktor kebersihan sekolah yang perlu menguruskan baki sisa dari asrama untuk dilupuskan ke lokasi yang dibenarkan oleh pihak Majlis. 4. SILA AMBIL PERHATIAN, bagi melicinkan proses kutipan sisa pepejal di tempat tuan, pihak tuan kehendaki untuk mematuhi kehendak notis ini dan pihak Majlis boleh menjalankan aktiviti penguatkuasaan berhubung perkara tersebut. Kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai. | Tiada soalan yang dikemukakan melalui platform ini. Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Pihak kami akan menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2025 |
Salam sejahtera. Saya terbaca ayat-ayat ini dalam satu rencana Utusan Malaysia: 'Asingkan di punca!' dan '...orang ramai yang tidak mengasingkan sampah di punca dengan betul'. Apakah maksud 'di punca' dalam ayat-ayat ini? Adakah 'di' digunakan dengan betul? Terima kasih daun keladi. | Untuk makluman tuan penggunaan frasa DI PUNCA boleh digunakan dalam penerbitan dan kempen yang dilakukan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265, kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Konsep punca bagi kempen tersebut ialah tempat (rumah, kilang, dan sebagainya). | Lain-lain | 01.06.2017 |