Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisi;

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Haram di sisi syarak atau Haram pada sisi syarak?Haram di sisi syarak.Tatabahasa21.09.2011
Adakah ayat ini betul? Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang–undang.Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang–undang. Ayat ini betul.Tatabahasa11.05.2015
Salam sejahtera, Sesuai jika "sideshift cylinder" diterjemahkan kepada "silinder anjakan sisi"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Jika tidak, mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi sideshift cylinder ialah silinder anjak sisiMakna22.12.2019
Apakah pengertian Jenayah?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah;Makna07.06.2009
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu.

2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir .

3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan.

4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja.

5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

Tatabahasa23.07.2011
apakah yang dimaksudkan dengan lumba haramMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan lumba bermaksud perlawanan beradu cepat. Perkataan haram bermaksud ditegah(terlarang) oleh undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu lumba haram bermaksud perlawanan yang ditegah oleh undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang.    Makna10.04.2008
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang.Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. 

Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.
Tatabahasa02.01.2013
SIDE SEALKEDAP SISIIstilah22.12.2010
Apakah pembetulan bagi ayat: Sah dari sisi undang-undang.

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa07.03.2009
Apakah nama untuk daging yang tumbuh di sisi kuku dan di pangkal kuku, yang lazimnya perlu dibuang tetapi tidak menyakitkan apabila dipotong? Terima kasih.Adakah yang tuan maksudkan ialah kematu, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kematu untuk melihat maksud yang tersebut atau melihat carian/dapatan lain yang tuan maksudkan.Tatabahasa15.09.2013
12345

Kembali ke atas