Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersih­kan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambut­nya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat utk mengemaskan rambut; sikat. 2 alat utk menggemburkan tanah; pencakar tanah. 3 tangkai atau gugusan pisang sbg sebahagian drpd tandan; sikat. 4 injap pd pintu lukah utk menahan ikan supaya tidak keluar. ~ insang bahagian insang yg menghalang kemasukan bahan-bahan di dlm air (spt pasir) ke dlm alat pernafasan yg akan merosakkannya. bersisir 1 memakai sisir. 2 sudah dikemaskan dgn sisir (bkn rambut); bersikat. menyisir 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisir I

Puisi
 

Putih pandai menjemur sisir,
     Sisir dijemur di atas padang;
Gunung emas saya tak mungkir,
     Lewat sudah dipotong orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti garuk dengan sisir.

Bermaksud :

Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan yang paling tepat untuk membilang pisang tanduk selain sisir atau tandan? Adakah 'biji' boleh digunakan untuk membilangnya bagi merujuk dua biji pisang tanduk? Terima kasih.Penjodoh bilangan biji boleh digunakan untuk merujuk bilangan dua biji pisang.Lain-lain13.12.2011
     saya ingin bertanya, apakah padanan BM yg sesuai utk perkataan di bawah: 1.comb binding 2.tape binding 3.ring binding Sekian,TK

1.Comb binding = jilid sisir 2. Binding tape =pita balut 3. ring binding = jilid gegelung (cadangan).

 

Istilah28.10.2010

Kembali ke atas