Manakah antara ayat yang berikut betul dan apakah alasannya? 1. Soalan berkaitan sistem bahasa... 2. Soalan berkaitan dengan sistem bahasa... | Yang betul ialah Soalan berkaitan dengan sistem bahasa. | Tatabahasa | 15.09.2009 |
SYA HENDAK TAHU ...ADAKAH 'SISTEM BAHASA' DALAM LAMAN WEB INI???? | Sistem Bahasa yang saudara maksudkan itu ada di laman web ini iaitu carian kamus atau peribahasa, carian istilah, carian bahasa sukuan, carian dan carian ensiklopedia. | Lain-lain | 23.07.2007 |
Tuan, 'penjodoh bilangan' harus dibincangkan di bawah sistem bahasa yang mana satu ? Terima kasih | Penjodoh bilangan boleh dibincangkan dalam tajuk kata dan bukan dalam ayat apabila membincangkan pembentukan kata dan bukannya pembinaan ayat. | Lain-lain | 20.04.2009 |
Adakah penggunaan penanda wacana 'selain daripada itu menepati sistem bahasa yang tepat? | Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada. | Tatabahasa | 20.09.2006 |
Selamat petang, tuan. Bagaimanakah kita dapat menentukan sesuatu perkataan itu ialah kata kerja transitif ataupun kata kerja transitif jika diuji dalam sistem bahasa, iaitu soalan 8-14 dalam kertas 1 PMR? Sekian, terima kasih! | Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh: 1. Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah. 2. Kami membaiki kereta kesayangan ayah. Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu tanpa pelengkap dan berpelengkap. Contoh: 1. Semua orang pulang. (tanpa pelengkap) 2. Padi sedang menguning. (tanpa pelengkap) 3. Keadaan bapanya beransur baik. (berpelengkap) | Tatabahasa | 12.07.2013 |
bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang sistem bahasa melalui imternet. | Puan boleh layari laman web www.dbp.gov.my atau gunakan enjin carian seperti google, yahoo, msn, dsb. dan taipkan kata kunci (contoh: Adverba dalam bahasa Melayu) dan alamat laman-laman web yang berkenaan akan terpapar di skrin dan puan boleh klik sahaja di capaian yang bersesuaian. | Lain-lain | 27.01.2009 |
APA ITU LINGUISTIK MIKRO SERTA BAHAN RUJUKAN YG BERKAITAN DARI DBP .TERIMA KASIH | Puan Fauziah, Linguistik mikro ialah cabang linguistik yang mengkaji sistem bahasa secara berasingan. Untuk maklumat lanjut puan perlu membuat rujukan dan kajian di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 30.03.2010 |
Salam sejahtera.. Saya ingin bertanyakan adakah terdapat dalam sistem bahasa melayu berkaitan dengan "kata kehendak'...saya musykil kerana ada buku yang menulis begitu..tetapi contoh ayat yang diberi berpadanan dengan "kata perintah"..perkataan yang digunakan ialah 'Tolong doakan kejayaan saya'.. Apa pandangan pihak tuan.. Terima kasih | Encik Fadhil, Perkataan yang biasa digunakan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu dan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah kata permintaan dan digunakan dalam ayat permintaan. Kata kehendak mungkin digunakan oleh penulis buku berkenaan sebagai variasi atau penjelasan tambahan kepada kata permintaan. | Tatabahasa | 06.05.2010 |
apakah bahasa baku? | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. | Makna | 04.07.2006 |
Apakah sebutan bagi perkataan berikut dari segi bahasa baku 1) sihat ( si / hat atau sé / hat ) 2) upih ( u / pih atau u / péh ) sekian, terima kasih | Dalam sistem bahasa Melayu, sebutan adalah seperti ejaan. Maka sihat disebut si.hat (bukan se.hat) dan upih disebut u.pih (bukan u.peh). | Tatabahasa | 20.06.2013 |