APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu pengetahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai sesuatu sistem. Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
Saya ingin bertanyakaan tentang terjemahan "overclock". Dalam laras pengkomputeran, overclock membawa maksud meningkatkan kepantasan sesuatu cip pemproses dengan mempertingkat voltan yang dipam masuk ke cip. Contoh ayat: Asus ROG is powered by an overclocked Snapdragon 845 CPU. Cadangan terjemahan: Asus ROG diperkasa sebuah cip Snapdragon 845 yang telah digalak | Asus ROG diperkasa oleh sebuah cip Snapdragon 845 yang telah dipertingkat sistemnya. | Makna | 11.10.2018 |
Salam, Saya ingin bertanyakan bagaimana pihak DBP menyusun entri yang akan dipapar dalam carian PRPM? Contohnya, saya mencari perkataan 'selesai'. Maka, carian yang bakal saya peroleh ialah segala perkataan termasuk makna perkataan dan sebagainya yang mengandungi perkataan 'selesai' akan turut dipaparkan. Sedangkan makna perkataan 'selesai' yang ingin saya cari entah berada di halaman yang ke berapa. Saya cadangkan, pihak PRPM perlu memaparkan makna perkataan yang dicari mengikut urutan 1. (makna perkataan itu-tunggal mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat), disusuli mengikut kamus edisi kedua dan kamus pelajar. 2. (makna perkataan itu-kata ganda, kata majmuk dan sebagainya) Bukankah lebih mudah dan efisien jika sistemnya disusun dengan begitu sistematik dan mudah difahami? Bukankah PRPM ini untuk rujukan pantas selain melihat ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri? Maka, segalanya harus lebih mudah dan efisien di laman web ini. Harap maaf jika ada terkasar bahasa dan harap pihak DBP dapat ambil tindakan atas perkara ini. Terima kasih. | Terima kasih atas pandangan puan. Untuk makluman puan, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) bukan hanya merakam Kamus Dewan Edisi Empat tetapi merakam pelabagai lagi rujukan seperti Peribahasa, Daftar Istilah, Kamus Pelajar dan lain-lain untuk pengguna bahasa. Puan boleh melayari Gerbang Kata melalui http://ekamus.dbp.gov.my untuk carian makna dalam Kamus Dewan dengan lebih fokus. | Tatabahasa | 27.09.2013 |