maksud sita | 1. Sita atau menyita bermaksud merampas barang-barang dsb dengan perintah mahkamah. 2.Sita dalam bahasa klasik bermaksud putih bersih. | Makna | 27.07.2006 |
Search for one way or return flights below or click here for multiple destinations: Please be aware that you have rejoined the sita pts booking engine out of sequence when we where expecting payment to be completed. Please finish entering details on the payment pages, or phone our helpdesk on "callcentre number" quoting the reference number ITD00001069. Error: Original fare was no longer available please check new price Either a home, work or mobile telephone number must be present Comments Net Search for point to point flights below by filling as many rows as you require. Click here for the standard requirements page Search for flights to build your own trip (availability led) Forgotten Password If you have forgotten your password, please key-in the information requested below to receive a reminder by email. Please key-in either your user name or the email address that you registered with and click send. | Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan menyemak teks terjemahan, dan bukannya menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. | Lain-lain | 20.11.2007 |
Kenapakah istilah purushotama tidak diterbitkan.ia disebabkan kerana perkataan ini boleh dipinjam dari perkataan jawa.contoh perkataan yang dbp dikemaskini adalah paripurna,pawitera,tunabusana,wisesa,swadarma,adiningrat,bupati,narapat,sita boleh dicetak kenapa purushotama tidak diterbit. | Untuk makluman tuan, perkataan baharu dimasukkan dalam data kamus atau istilah yang dibina berdasarkan keperluan pengguna. Jika DBP dibekalkan dengan maklumat yang lengkap, sebarang kata boleh dimasukkan dalam data dan ini amat baik untuk menambah perbendaharaan kata Bahasa kita. Bahasa Melayu bahasa sepunya rakyat Malaysia dan DBP sendiri mengalu-alukan sumbangan pengguna bahasa untuk mengayakan bahasa kita. | Lain-lain | 18.05.2018 |
sayembara..?????/ cth ayat....pls | Sayembara sama maknanya dengan pertandingan atau peraduan. Contoh ayat, Sayembara lagu puisi peringkat akhir akan diadakan pada minggu hadapan di DBP. Satu contoh ayat lagi ialah, Satu sayembara memanah telah dijalankan antara Seri Rama dengan Arjuna bagi menentukan siapakah yang berhak mengahwini Sita Dewi. | Makna | 09.11.2006 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Mohon pencerahan Bahagian Khidmat Nasihat DBP untuk penggunaan perkataan yang betul bagi imbuhan kepada perkataan akar "lak" atau dalam bahasa Inggeris iaitu "seize". Adakah "menglak" atau "mengelak" Struktur ayat adalah seperti berikut: Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa dokumen atau artikel tidak boleh dilaksanakan daripada atau melalui akses melalui premis, vesel atau kenderaan, pegawai diberi kuasa boleh dengan apa-apa cara MENGELAK/MENGLAK dokumen atau artikel itu. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk “lak” ialah “sita” atau “rampas”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Tatabahasa | 19.03.2024 |