Salam sejahtera, Apakah perkataan untuk "prelidiction site". prelidiction site adalah "tapak" i.e site bagi yang menjadi sasaran khusus. Misalnya prelidiction site untuk cacing pipih ialah organ hati. Cacing ini tidak akan pergi kelain-lain organ, melainkan hati. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "prediction site" ialah tapak ramalan. | Istilah | 19.10.2016 |
Minta bantuan bagi terjemahan ayat teknikal seperti berikut: Site Screening Level Site Specific Target Level Contoh ayat: 1)Site Screening Level for contaminated sites in Malaysia 2)In the event a site clean up is required, the responsible parties shall justify the Site-Specific Target Levels (SSTLs) that are protective of human health and ecological well being | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.09.2015 |
Minta bantuan bagi istilah ' Site Screening Level' dan 'Site Specific Target Level' dalam bahasa melayu yang terkandung dalam buku Contaminated Land Management Guiidelines. | Pihak saudara dimohon untuk memberikan konsep istilah tersebut dalam bidang khusus yang berkenaan. Namun begitu, cadangan awal yang dapat kami berikan: "Site Screening Level" = Tahap Saringan Tapak, "Site Spesific Target Level" = Tahap Sasaran Khusus Tapak. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.09.2015 |
Site screening level bermaksud nilai saringan tapak atau tahap saringan tapak? yang mana lebih tepat? Site specific target level = nilai sasaran tapak khusus atau nilai sasaran khusus tapak atau tahap sasaran tapak khusus? mohon pandangan. | Kami bersetuju dengan cadangan terjemahan yang berikut: (i) Site screening level - tahap saringan tapak. (ii) Site specific target level - tahap sasaran tapak khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2015 |
apakah terjemahan bagi istilah "site bolting"? | Untuk makluman, istilah "site bolting" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami dapat memberikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 05.08.2013 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "site office" ke dalam bahasa Melayu? | pejabat tapak bina. | Tatabahasa | 20.04.2008 |
You're about to leave the page and go to another site. Apakah cadangan terjemahan yang sesuai untuk frasa 'about to leave'? Terima kasih | Cadangan terjemahan yang sesuai untuk about to leave ialah “akan meninggalkan”. (Anda akan meninggalkan halaman ini untuk ke tempat lain). Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2017 |
Salam sejahtera, Adakah "Insite Support" sesuai diterjemahkan kepada "Sokongan Dalam tapak"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan dan membawa maksud bantuan yang sediakan oleh pengeluar. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, hasil carian kami hanya menjumpai perkataan On-site. Cadangan kami bagi perkataan On-site Support ialah Sokongan Dalaman jika bersesuaian dengan konteks. | Istilah | 20.11.2018 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah Bahasa Inggeris "monetise"? Contoh ayat adalah, "monetise your site with ads". Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi monetise mengikut konteks ayat ialah jana pendapatan atau jana hasil | Makna | 09.06.2020 |
Boleh saya dapat terjemahan untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Normalized the data 2. Microscope field 3. Armophous head 4. Quinoneimine 5. Catalyse 6. Lyophilized 7. Solid phase two-site enzyme immunoassay 8. Stop solution 9. Plat sealer 10. Plate shaker 11. Washing buffer solution 12. Enzyme Conjugates 13. Peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies 14. 96-well microtiter plate 15. Tris base 16. Low melting agar 17. Normal melting agar 18. Gavage needle 19. Pouch and seal ziploc 20. Butylated hydroxytoluene 21. Calibrator for kit | 1. normalized the data - penormalan data atau menormalkan data 2. microscope field - medan mikroskop 3. amorphous head - kepala amorf 4. quinone imine - kuinon imina 5. catalyse - istilah yang dicadangkan ialah memangkinkan (istilah yang ada ialah catalysed - termangkin, catalyst - mangkin) 6. lyophilized - istilah yang dicadangkan ialah meliofilkan atau terliofil (istilah yang ada ialah lyophil - liofil, lyophilization - liofilisasi) 7. solid phase two-site enzyme immunoassay - terjemahan yang dicadangkan ialah imunocerakin enzim dua tapak fasa pepejal 8. stop solution - larutan henti 9. plat sealer - pemateri plat atau pengedap plat 10. plate shaker - penggoncang plat 11. washing buffer solution - larutan penimbal basuh 12. enzyme conjugates - konjugat enzim 13. peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies - terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah antibodi antiinsulin berkonjugat peroksidase 14. 96-well microtiter plate - plat mikrotiter 96 telaga 15. tris base - bes tris 16. low melting agar - agar-agar lebur rendah 17. normal melting agar - agar-agar lebur normal/agar-agar lebur biasa 18. gavage needle - jarum gavaj 19. pouch and seal ziploc - kantung dan kedap ziploc 20. butylated hydroxytoluene - hidroksitoluena dibutilkan 21. calibrator for kit - penentukur untuk kit | Istilah | 07.08.2012 |