Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ti] | سيتي

Definisi : 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anak­anak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat sau­daraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ti] | سيتي

Definisi : sj wisel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siti

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(26)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1.Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. 2.Siti meletakkan pinggan di dalam besen 3.Siti menyimpan pisau ke dalam laci. 4.Siti menyimpan pisau di dalam laci. 5.Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. 6.Siti memasukkan buah epal di dalam beg plastik. 7.Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. 8.Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 9.Siti menyapu sampah di dalam kelas. 10.Siti menyapu sampah di kelas. 11.Siti makan di dalam kantin. 12.Siti makan di kantin.

Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya:

Siti meletakkan pinggan ke dalam besen.

Siti menyimpan pisau ke dalam laci.

Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik.

Siti membuang sampah ke dalam tong sampah.

Siti menyapu sampah di kelas.

Siti makan di kantin.
Tatabahasa06.09.2023
Siti Hanum SAT 14:14 Siti Hanum Siti Assalamualaikum DBP, maaf mengganggu,saya Siti Hanum nak tanya, DPB ada keluarkan buku bahasa asing tak macam bahasa greek atau latin? terima kasihWaalaikumussalam, Untuk maklumat puan, DBP tidak ada menerbitkan buku bahasa Greek atau Latin. Terima kasih.Lain-lain26.11.2016
Mana satukah ayat yang boleh diterima? 1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? 2. Apakah yang Siti sedang lakukan? 3. Apakah yang Siti sedang melakukan?Berdasarkan cadangan padanan soalan yang diberikan, jawapan yang betul ialah Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? dan Apakah yang Siti sedang lakukan?.Lain-lain20.04.2021
bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasihEjaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa16.01.2010
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
Siti binti Zaki atau Siti Binti Zaki ?Puan Nora,

Jawapan yang tepat ialah Siti binti Zaki
Ejaan03.10.2012
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?"

Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke.
Tatabahasa09.10.2013
Assalamualaikum, Ejaan yang betul bagi pokok bunga siti zubaidah (nama pokok) ialah "Siti Zubaidah" atau "siti zubaidah" (semua huruf kecil) jika berada di tengah ayat? Begitu juga dengan kacip fatimah, buluh burma dan tongkat ali? Terima kasih.Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali dan kacip fatimah ditulis dengan huruf kecil. Oleh yang demikian, nama pokok siti zubaidah juga ditulis dengan huruf kecil jika berada di tengah ayat.Ejaan26.06.2019
1.Berikut ialah salah satu daripada soalan ujian sekolah saya;(kategori ayat sama maksud) " Makanan yang dijual murah dan sedap," kata Siti kepada kawannya. A. Siti menjelaskan bahawa dia menjual makanan yang murah dan sedap. B. Siti menyatakan bahawa harga makanan yang dijual murah dan sedap. C. Siti meminta kawannya menjual makanan yang murah dan sedap. D. Siti menyuruh kawannya makan makanan yang murah dan sedap. Apakah jawapan yang betul dan alasannya atau tiada jawapan yang betul. 2. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi sesi 'ice breaking'1. Jawapan yang betul ialah B.
2. Padanan yang boleh digunakan ialah suai kenal atau orientasi mengikut konteks dan situasi.
Tatabahasa25.05.2010
Salam sejahtera, Yang mana betul : Siti Nurhalizalah atau Siti Nurhaliza lah / YouTubelah atau YouTube lah. Bolehkah lah dicantumkan kepada kata nama khas/slanga/dan lain-lain jenis perkataaan? Sekian, terima kasih!Penggunaan perkataan yang betul ialah Siti Nurhalizalah/YouTubelah. Partikel "lah" boleh digunakan pada kata nama khas dan slanga mengikut kesesuaian konteks yang digunakan.Ejaan16.11.2020
12345678910...

Kembali ke atas