| Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan dan istilah bahasa melayu yang tepat untuk "sedentary behaviour" seperti dalam ayat berikut; "Sedentary behaviour is time when children are doing very little physical movement. This includes sitting for long periods of time in a car, watching television or playing on tablets, computers, or phones. Help children sit less and stand up for better health". Istilah berikut sering digunakan dalam bidang sukan, perubatan dan pendidikan. Terima kasih atas perhatian DBP. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "sedentary lifestyle" ialah tingkah laku sedentari. | Makna | 28.10.2021 |
| Salam sejahtera tuan/puan, saya ada beberapa soalan berkaitan dengan nama acara sukan Paralimpik: 1) Kebanyakan nama bagi acara sukan Paralimpik mempunyai "prefix" para- di hadapan namanya (cth: Paracanoe, Para-badminton, Para taekwondo). Adakah "prefix" tersebut dikekalkan? (sbg imbuhan?) 2) Adakah terjemahan istilah yang berikut betul? - Wheelchair basketball - bola keranjang berkerusi roda - Sitting volleyball - bola tampar duduk - Blind football - bola sepak buta 3) Saya mendapati beberapa akhbar yang menggunakan istilah bahasa Inggeris (cth: goalball, powerlifting, bola sepak 5-a-side), adakah ini bermaksud istilah tersebut tidak mempunyai padanan kata yang sesuai dalam bahasa Melayu? | Waalaikumussalam ... 1. Perkataan “Paralympic” berasal dari Yunani, iaitu perkataan "para" digabungkan dengan perkataan "Olympic". Dalam bahasa Melayu pula, padanan "paralympic" diserap terus menjadi paralimpik mengikut ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu. 2. Merujuk tatabahasa dalam bahasa Melayu, imbuhan 'para' merujuk kepada kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai seperti para bom, para pelakon, atau para pelajar. Namun dalam penamaan dalam acara paralimpik pula, perkataan para dikekalkan seperti konsep ejaan paralimpik. 3. Cadangan padanan bagi nama sukan dalam acara paralimpik ialah: 'para canoe' - para kanu, 'para taekwondo' - para tae kwan do 'para-badminton' - para badminton. 4. Cadangan padanan bagi istilah yang diberikan, iaitu: 'Wheelchair basketball' - bola keranjang kerusi roda 'sitting volleyball' - bola tampar duduk 'blind football' - bola sepak buta. 5. Jika ingin menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris yang masih belum ada padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai, perkataan seperti "goalball" atau "powerlifting" boleh digunakan dengan mengitalikkan perkataan tersebut atau meletakkan tanda kurungan tetapi jika acara sukan ini merupakan nama khas dalam acara paralimpik tersebut boleh sahaja dikekalkan perkataan tersebut. Jika perkataan bahasa Inggeris seperti "five-a-side football" boleh sahaja diterjemahkan dalam bahasa Melayu, iaitu bola sepak 5 sebelah | Makna | 24.08.2021 |