Ingin tahu istilah Bahasa Melayu bagi "win win situation" | Padanan bahasa Melayu bagi istilah "win-win situation" ialah situasi sama menang. | Istilah | 13.06.2020 |
Selamat petang. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "win-win situation"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi "win-win situation" ialah situasi sama menang. | Lain-lain | 08.08.2020 |
1. Istilah Bahasa Melayu bagi "win win situation" 2. Penggunaan kata sendi nama; di dalam kluster atau dalam kluster 3. Penggunaan kata sendi nama; di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalangan | Salam sejahtera, 1. win-win situation- situasi sama menang 2. dalam kluster 3. dalam kalangan Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Tatabahasa | 22.06.2020 |
Yang manakah betul? "Situasi yang baru" atau "situasi yang baharu" | Jika konteks ini merupakan padanan new situation dalam bahasa Melayu, padanan yang betul ialah situasi baharu. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Pada pendapat saya "is connected to" dan "connect to" membawa maksud yang sama. Contoh yang saya jumpa dalam PRPM: "Kaedah yang memastikan komputer yang bersambung ke internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat." - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bersambung+ke+internet&d=226112LIHATSINI Jika ayat diubah menjadi "Kaedah yang memastikan komputer yang disambungkan kepada internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat", maknanya tetap sama. https://www.thoughtco.com/stative-verb-1692139 mengandungi petikan: In English grammar, a stative verb is a verb used primarily to describe a state of being (I am) or situation (I have). It's how something is, feels, or appears. These verbs don't show physical action (I run) or processes (It prints). Stative verbs can describe a mental or emotional state of being (I doubt) as well as a physical state (Kilroy was here). The situations illustrated by "state" verbs are unchanging while they last and can continue for a long or indefinite time period. Maka dengan contoh-contoh di atas dan huraian "state verb" (dan bukannya soal dyamic verbs yang melibatkan kata kerja aktif/pasif), bolehkan "is connected to" juga diterjemahkan sebagai "bersambung kepada", selain "disambungkan kepada"? Sekian, terima kasih? | Padanan bahasa melayu untuk "is connected to" ialah bersambung ke/bersambung kepada atau disambungkan ke/disambungkan kepada bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 05.08.2021 |
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira: the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja. | Makna | 07.09.2012 |