Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka http://prpm.dbp.gov.my/ Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Thanks for clicking. That felt good.