Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih | 1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai. | Lain-lain | 01.05.2007 |
Tuan, Merujuk perkara di atas, saya mewakili SK 1 Gombak ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SK 1 Gombak yang akan diadakan pada 12 November 2019. Email ini dihantar sebagai permohonan awal sahaja. Sekiranya pihak tuan berbesar hati untuk memberi sumbangan, kami akan menghantar surat permohonan yang rasmi beserta keterangan berkaitan dengan program tersebut. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan untuk memberi sumbangan. Terima kasih. Yang Menjalankan Amanah, Aznida Nasruddin AJK Sumbangan Program Hari Kanak-kanak SK 1 Gombak. | Salam puan budiman, Memohon sumbangan. Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mempertimbangkan permohonan sumbangan berbentuk buku-buku terbitan DBP. Sehubungan dengan itu, surat permohonan rasmi bolehlah dihantar kepada: Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2147 9464 Faks: 03-2147 9406 E-mel: mariati@dbp.gov.my
| Lain-lain | 29.10.2019 |
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Dia berasal dari negeri Pahang. 2. Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 3. Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 4. Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong, Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya) 5. Dia berasal dari negara Jepun. 6. Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Tatabahasa | 10.05.2009 |
Adakah penggunaan perkataan eko sains sebagai nama khas betul? .Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang. | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah Taman Ekosains SK Kundasang | Lain-lain | 22.08.2019 |
Adakah betul penggunaan eko sains yang digunakan sebagai kata nama khas. Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang. | Penggunaan yang betul ialah Taman Ekosains SK Kundasang. | Ejaan | 27.08.2019 |
Selamat sejahtera, Betulkah ayat ini? Abang saya bersekolah sama dengan saya di SK Bukit Baru. Terima kasih. | Ayat yang diberi lazimnya diungkapkan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis, Saya dan abang saya bersekolah di SK Bukit Baru. | Tatabahasa | 15.09.2016 |
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSR | Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.01.2015 |
Bentuk penulisan yang manakah betul bagi contoh di bawah? S.M.K. Seri Setia atau SMK Seri Setia S.K. Taman Midah atau SK Taman Midah | Bentuk yang betul: 1. SMK Seri Setia 2. SK Taman Midah | Ejaan | 17.01.2017 |
Saya adalah guru Perpustakaan & Media di SK Iskandar Perdana. Pada 4 Julai 2013 yang lalu Pusat Sumber sekolah saya telah menjemput Ketua Pengerah Dewan Bahasa dan Pustaka , Datuk Dr Awang B Sariyan datang ke sekolah saya untuk perasmian Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu tahun ini saya mewakili pihak sekolah ingin membuat lawatan penanda aras ke DBP ( guru & murid) untuk meluaskan lagi pengetahuan dan mengenali DBP dengan lebih dekat lagi. Bagaimanakah caranya dan prosedur untuk saya membuat lawatan ke sana? Apakah alamat dan pihak yang boleh dihubungi? Terima kasih. Pengurus lawatan: Pn Zurina Bt Ahmad SK Iskandar Perdana, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: h/p: 0195037796 Tel Sekolah: 05 3711584 | Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.07.2014 |
Yaya Ibrahim Apr 3rd, 10:42pm Assalamualaikum, Sekolah saya ada menghasilkan teater kanak2 dan sering menyertai pertandingan teater sekolah2 rendah..( SK Pandan Indah, ampang, selangor ) Bagaimana cara untuk saya mengetengah karya dan bakat murid2 dari sekolah saya di DBP. Adakah punya syarat tertentu? Saluran manakah yang perlu saya ikuti? Cikgu Yahaya Ibrahim Sk Pandan Indah, 55100 ampang, selangor. 0172860341 | Wa'alaikumussalam, Berkaitan dengan teater kanak-kanak, tuan boleh menghubungi Puan Nor Hidayah Ilyas di Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja melalui talian 03- 214799703 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 03.04.2015 |