Salam mohon beri jawapan yang betul berserta rumus-rumusnya. a. Skema pemarkahan atau skema permarkahan b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betul | a. Skema pemarkahan atau skema permarkahan Skema pemarkahan.-tepat Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar tertentu, membentuk kata nama yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut. sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betul Yang manakah satu yang betul- tepat mana-merupakan kata tanya dan disertai dengan partikel -kah. -kah- partikel atau kata tugas yg merupakan penegas utk mementingkan predikat dlm ayat tanya: Bukan~ hari ini hari ulang tahunnya?. Guru~ orang itu?
| Tatabahasa | 28.08.2012 |
1)Antara berikut manakah penggunaan yang betul antara skema jawapan atau skima jawapan?Pada pendapat saya setelah merujuk kamus, skema jawapan adalah yang paling tepat.Tetapi skima jawapan juga turut digunakan dalam sesetengah ayat. Sekian, terima kasih... | Skima adalah ejaan yang salah. Ejaan yang betul ialah "skema". Tiada perkataan skima dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 24.12.2008 |
Adakah skema ayat berikut betul? 'Kenalah mendaftar bawah !' | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian. | Tatabahasa | 14.03.2025 |
Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan.(BETULKAH AYAT INI?KALAU ADA SALAH TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.) | Ayat "Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan" betul. | Tatabahasa | 29.07.2012 |
Bolehkah saya mendapatkan sumber untuk mendapatkan skema pemarkahan Bahasa Melayu untuk UPSR yang terkini? Terima kasih. | Skema pemarkahan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.01.2009 |
Salam tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 17 ini. Skema jawapan yang diberikan adalah B. kaki ... sebuah Sekian terima kasih. | Jawapan yang tepat sama seperti skema jawapan yang diberikan. Selain kuntum, penjodoh bilangan untuk bunga ialah kaki kerana ayat tersebut menyebut ...mencucuk beberapa ........ bunga pada span. Bungan itu mempunyai batang yang boleh dicucuk pada span. Sementara penjodoh bilangan untuk bakul ialah "sebuah" | Lain-lain | 20.08.2014 |
Assalamualaikum tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 15 ini? Skema jawapan yang diberikan memberikan D. bas persiaran sebagai jawapan. Semoga pihak tuan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih. | Skema jawapan yang diberikan adalah betul. Jawapan yang betul ialah bas persiaran. Menurut Kamus Pelajar, bas persiaran bermaksud bas untuk bersiar-siar atau untuk melancong. | Tatabahasa | 20.08.2014 |
Apakah elemen yang terkandung dalam gaya bahasa? Adakah aspek skema dan trope terkandung dibawah skop gaya bahasa? Adakah kajian yang dibuat mengenai gaya bahasa jatuh dalam kategori bidang retorik? Jika tidak, apakah jawapannya? | Tidak banyak maklumat tentang gaya bahasa dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, tidak menemukan maklumat tentang skema dan trope dalam penulisan gaya bahasa, tetapi ada dibincangkan dalam tajuk retorik. Walau bagaimanapun untk mengesahkan maklumat tersebut sila rujuk guru dalam bidang berkenaan. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
Skema warna (menambah/menambahkan) keceriaan.Yang mana satukah betul?Jika boleh tolong berikan maksud dua perkataan itu.Saya sering keliru mengenai kena guna -kan atau tidak............ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Skema warna menambah keceriaan'. | Makna | 18.01.2012 |
assalamualaikum, saya nak tahu jawapan bagi soalan yang saya sertakan, iaitu soalan percubaan pmr mrsm | Untuk makluman, soalan dan jawapan peperiksan adalah tertakluk pada skema soalan dan jawapan yang disediakan. Sila berhubung terus dengan pihak yang menyediakan soalan bagi mendapatkan skema jawapan. | Lain-lain | 24.02.2014 |