Apakah definisi bagi perkataan 'life skill'?. Perkataan kemahiran hidup kurang tepat kerana ianya melibatkan kemahiran psikomotor sahaja sedangkan life skill yang sebenar adalah melibatkan keseluruhan aspek kemahiran untuk seseorang hidup. | Dalam bidang pendidikan life diterjemahkan kepada hidup seperti life process ialah proses hidup dan life cycle ialah kitar hidup. Oleh itu, life skill juga diterjemahkan kepada kemahiran hidup. Jika ada pandangan atau cadangan lain tentang istilah tersebut boleh kami bincangkan dengan Bahagian Peristilahan. Sila hubungi kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my. | Istilah | 30.09.2013 |
soft skill | kemahiran insani | Istilah | 04.07.2011 |
apakah istilah "skill obsolescence" dalam bahasa Melayu? | Cadangan padanan bagi istilah skill obsolescence dalam bahasa Melayu ialah keusangan kemahiran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.02.2025 |
Diharap pihak tuan dapat terjemahkan perkataan 'information skill instruction' kepada istilah malaysia. Terima kasih. nota: 'information skill instruction' adalah istilah dalam bidang sains perpustakaan. | Padanan terjemahan untuk frasa tersebut dalam bahasa Melayu ialah "Panduan Kemahiran Maklumat". Terima kasih. | Istilah | 07.02.2009 |
level up comunication skill level up selain daripada menggunakan perkataan - meningkatkan / tahap lebih tinggi apakah ayat yang lebih sesuai untuk digunakan? | Perkataan lain yang dicadangkan untuk padanan level up communication skill ialah meninggikan lagi tahap/menaikkan tahap/menambah baik kemahiran berkomunikasi. | Istilah | 10.03.2017 |
Saudara, Apakah istilah-istilah berikut dalam Bahasa Malaysia? 1. tranferable skill 2. classroom management 3. progression & differentiation 4. sequencing 5. computer control Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | Istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. kemahiran boleh pindah milik 2. pengurusan bilik darjah 3. pergerakan dan pembezaan. 4. penderetan/penjujukan 5. kawalan komputer. | Istilah | 19.11.2009 |
tuan, tolong bantu carikan terjamahan dalam BM ayat berikut; 1. advance development and skill training 2. developing people life | Terjemahan ayat yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Contohnya, "advance" boleh bermaksud lanjutan, maju, peringkat tinggi, awal dan sebagainya. Oleh itu, ayat tersebut boleh diterjemahkan kepada beberapa padanan bahasa Melayu. Contohnya: Latihan Kemahiran dan Pembangunan Lanjutan, Latihan Kemahiran dan Pembangunan Peringkat Tinggi. Cadangan terjemahan untuk "developing people life" ialah membangunkan kehidupan rakyat atau membangunkan kehidupan masyarakat. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.01.2017 |
Terjemahan perkataan ‘life skills’. Sebagai makluman, pihak kami sedang merancang untuk mengadakan kursus kemahiran jangka pendek bagi meningkatkan kemahiran golongan belia. Cadangan awal tajuk kursus ini ‘Life Skills: Weekend Courses. Namun alangkah manisnya jika kami dapat menggunakan Bahasa Malaysia/Melayu sepenuhnya | Padanan bahasa Melayu untuk istilah "life skill" dalam bidang Pendidikan ialah kemahiran hidup. | Istilah | 17.12.2022 |
Assalamualaikum wbt., Saya ingin bertanya DBP apa terjemahan dlm Bahasa Melayu utk '' Life skills based education for drug abuse prevention". Elakkan penggunaan perkataan Kemahiran hidup untuk "Life skills" kerana subjek Kemahiran Hidup (KH) sudah sedia ada di sekolah. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.edu | Kami mencadangkan frasa Life skills based education for drug abuse prevention diterjemahkan kepada Pendidikan berasaskan kemahiran hidup untuk pencegahan penyalahgunaan dadah. Kami berpendapat perkataan kemahiran hidup yang sesuai dengan konteks ayat tersebut kerana life tidak sesuai diterjemahkan kepada hayat atau nyawa dan skill sememangnya merujuk kepada kemahiran. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2014 |
Apakah penterjemahan yang terbaik bagi perkataan "crosstalk"? Definisi crosstalk: Crosstalk, also known by its Chinese name xiangsheng (simplified Chinese: 相声; traditional Chinese: 相聲; pinyin: xiàngsheng; literally: "face and voice"), is a traditional Chinese comedic performance in the form of a dialogue between two performers, or, much less often, a solo monologue or, even less frequently, a multi-person dialogue. The language, rich in puns and allusions, is delivered in a rapid, bantering style. Crosstalk is one of China's foremost and most popular performing arts, and is typically performed in the Beijing dialect (or in Standard Chinese with a strong Northern Chinese accent). The acts would sometimes include singing and musical instruments. | Kami mencadangkan crosstalk dalam konteks yang tersebut diterjemahkan kepada tikam balas sama seperti konsep repartree, iaitu skill in making such retorts. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.05.2015 |