Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skrap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Betul Imran! Untuk membuat buku skrap ini (bukan) mudah. Kita mesti membuatnya bersama-sama. 2. Betul Imran! Untuk membuat buku skrap ini (tidak) mudah. Kita mesti membuatnya bersama-sama. Ayat mana satu yang betul? Minta penerangan. Terima kasih.Jika dilihat kepada konteks ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan membawa maksud susah atau payah. Sehubungan dengan itu, perkataan "bukan" dan "tidak" boleh digunakan bersilih ganti dalam ayat tersebut. Makna24.04.2020
Untuk membuat buku skrap ini (bukan / tidak) mudah. Apakah jawapan yang paling tepat? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Untuk membuat buku skrap ini tidak mudah.” Kata nafi “tidak” merupakan unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263.

 

 

Tatabahasa28.07.2023
Untuk membuat buku skrap ini bukan mudah. Kita mesti membuatnya bersama-sama. Penggunaan "bukan" betul dalam ayat ini?minta penjelasan. Terima kasih.

Kata nafi “tidak” merupakan unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif, manakala kata nafi “bukan” merupakan unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Walau bagaimanapun, kata nafi “bukan” boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Oleh yang demikian, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

“Untuk membuat buku skrap ini tidak mudah. Kita mesti membuatnya bersama-sama.”

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263.

Tatabahasa28.07.2023
scrap bookbuku skrapLain-lain26.02.2009

Kembali ke atas