Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pertanyaan saya adalah berkenaan suku kata dalam bahasa melayu jawi. Adik saya bertanyakan tentang suku kata tertutup tetapi saya tak tahu berkenaan itu. Jadi saya memintak tolong pihak tuan sekiranya boleh menjelaskan kepada saya apakah itu 'suku kata tertutup'. Pertanyaan ke-2 berkenaan dengan skrip-skrip persembahan. Adakah pihak tuan ada menjual skrip-skrip untuk digunakan oleh pihak universiti ataupun sekolah untuk dilakonkan oleh pelajar? sekiranya ada, berapakah harga skrip tersebut. Diharap pihak tuan dapat menjawab soalan saya. sekian, terima kasih | Suku kata tertutup terdapat pada perkataan yang ejaannya berakhir dengan konsonan. Contoh; adik, hormat, kampung,letak,boleh. Tentang skrip pihak kami tidak menjualnya kepada universiti ataupun sekolah. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi Jabatan Sastera untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. | Tatabahasa | 05.02.2008 |
saya dimaklumkan bahawa dalam majalah dewan Sastera terbitan tahun 80-an terdapat skrip 'perhiasan kaca' terjemahan daripada skrip 'The Glass Menagerie' oleh Tennessee Williams. Saya telah membuat rujukan di perpustakaan USM namun tiada dalam simpanan Perpustakaan. Jadi, saya mengharapkan kerjasama pihak DBP memberikan saya salinan skrip tersebut kerana saya ingin mempersembahkan skrip tersebut sempena projek Tahun Akhir bahagian Drama dan Teater, Pusat Pengajian Seni, USM. Semoga pihak DBP dapat membantu saya dalam mendapatkan salinan skrip tersebut. Terima Kasih. | Terima kasih kerana merujuk Dewan Sastera dalam projek drama dan teater. Kami sedang mengesan skrip tersebut dan sekiranya ditemui, akan dikirimkan kepada tuan melalui faks. Sila nyatakan nombor faks tuan. | Lain-lain | 16.07.2008 |
saya mencari skrip Kereta kencana karya WS Rendra. adakah ada dalam simpanan DBP? jika ada bagaimana cara untuk saya mendapatkan skrip itu? | Untuk mendapatkan maklumat tersebut, dicadangkan saudara menghubungi Ketua Pusat Dokumentasi Melayu DBP, di alamat e-mel aizan@dbp.gov.my Terima kasih. | Lain-lain | 15.08.2010 |
saya ingin menayakan tentang bagaimana mahu memulakan sesuatu drama?? dan apakah perlu saya buat apabila drama sekolah tersebut gagal?? | Untuk memulakan pengarahan sesuatu drama atau pementasan, amat perlu terlebih dahulu mengenalpasti skrip yang sesuai dan bermutu. Berdasarkan kepada skrip tersebut (setelah dianalisis), baharulah boleh mencari pelakon. Walaupun demikian, teks (skrip) dengan pengarahan adalah dua perkara yang berbeza. Andai skrip memerlukan 10 orang pelakon, seseorang pengarah yang bijak dan kreatif boleh menjadikan hanya empat (4) orang pelakon sahaja. Dalam hal ini, kegagalan sesuatu pementasan sering dikaitkan dengan kegagalan pengarah memindahkan inti cerita teks kepada bentuk gerak dan lakonan yang bermutu. Sekian. | Lain-lain | 16.02.2009 |
Bagaimana nak hantar karya spt koleksi sajak..pantun..atau koleksi skrip pengacara berasaskan majlis.?kalau skrip boleh atau tidak diterbitkan? | Assalamualaikum Puan Norish. Berhubung pertanyaan puan seperti di atas, saya mencadangkan puan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Puan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.04.2018 |
bagaimana kaedah penulisan sesuatu skrip dilaksanakan?sama ada dalam bentuk dialog, karangan atau selain itu? | Ada beberapa kaedah dalam penulisan skrip drama pentas. Lazimnya ada dua cara, iaitu 1. Nama watak : dialog Contoh: Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir. 2. Nama watak: dialog Contoh: Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.08.2009 |
Saya memerlukan maklumat atau biodata diri tentang seorang penulis skrip yang dikenali sebagai Dr Ting Len Siong . Adakah pihak DBP menyimpan data maklumat tentang penulis skrip tersebut ? Dan bagaimana saya dapat berhubung dengan beliau ? | Harap maaf kerana maklumat tentang Dr. Ting Len Siong tidak ada dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 12.05.2013 |
saya ingin mengetahui kadar bayaran untuk semakan tatabahasa bahasa melayu dalam skrip drama radio. | Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak skrip drama radio. Walau bagaimanapun, tuan boleh menghubungi pegawai kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut. | Tatabahasa | 03.05.2015 |
Salam hormat, Mohon dijelaskan penggunaan yang betul ayat berikut: 1. Peraduan menulis skrip drama akan diadakan pada bulan September ini. | Ayat "Peraduan menulis skrip drama akan diadakan pada bulan September ini" betul. | Tatabahasa | 04.05.2012 |
Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010? | Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.02.2010 |