Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sl


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, sl... apakah maksud sl dalam kamus dewan ini? contohnya, pancaraja sl; ~ diraja sl alat (tempat) mengKependekan sl bermaksud sastera lama, iaitu pancaraja diraja ialah perkataan sastera lama yang bermaksud alat (tempat) mengusung jenazah raja.Lain-lain18.08.2011
Apakah maksud jinjang?Jinjang bermaksud 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana.Lain-lain25.07.2010
Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih.

Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan.

Wati: bentuk yg menyatakan perempuan

Makna14.04.2009
MAKSUD SEBENAR PERKATAAN WAZIRMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, wazir bermaksud sl menteri, perdana menteri.Makna26.06.2010
Apakah maksud perkataan "hatta"Lazimnya perkataan hatta bergandingan dengan perkataan 'maka'. hatta maka...

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hatta= ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~ beberapa lamanya ba­ginda pun berangkatlah pulang; berdiri teguh di belakang kerajaan kerana memper­tahankan negara ~ utk memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan atau rumah saudara ~ rumah ibu bapa sendiri, hendaklah mendapat ke­izin­an terlebih dahulu.
Tatabahasa07.09.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan Bendahara dalam bahasa Brunei

Kamus Dewan mengungkapkan makna dalam bahasa Melayu dan bendahara bermaksud 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; 2. perdana menteri, wazir; 3. menteri dlm permainan catur. Walau bagaimanapun dalam bahasa Melayu Brunei makna bendahara ini mungkin sama atau mungkin juga tidak sama.

Makna23.10.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan "mata hati" ? Bagaimana melihat dengan "mata hati" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa mata hati bermaksud a) perasaan hati b) sl wakil peribadi,ganti diri. Melihat dengan mata hati bermaksud melihat dengan perasaan hati.Tatabahasa15.03.2009
Apakah perbezaan antara yatim, piatu dan yatim piatu semasa mengisi maklumat murid yang terdapat dalam pengkalan data murid APDM ada tiga pilihan iaitu piatu, yatim dan yatim piatuyatim =anak yg kematian ibu atau bapanya
yatim piatu = anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya
Piatu- tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri.

Yatim dan yatim piatu mempunyai maksud yang sama. Saudara boleh memilih dan merujuk kepada pembuat sistem maklumat tersebut.
Tatabahasa07.09.2012
'Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah suatu / sesuatu bencana berlaku.' Dalam ayat di atas, 'suatu' atau 'sesuatu' lebih sesuai digunakan? Apakah perbezaan antara 'suatu' dengan 'sesuatu'? Terima kasih.

Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi;

Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; 

Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah sesuatu bencana berlaku.

Tatabahasa22.07.2013
Adakah jantina lelaki yang berjawatan menguruskan kewangan boleh bendahari atau bendahara?

Tuan,

Sama ada lelaki atau perempuan yang  menguruskan wang persatuan dan seumpamanya boleh dipanggil bendahari, rujuk nombor 2. - 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll.

Terima kasih.

Istilah19.01.2011
1234

Kembali ke atas