Apakah terjemahan untuk 'plastic sleeve'? Contoh kegunaannya: Kertas diletakkan di dlm plastic sleeve utk melindunginya daripada terkena air dsb. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah plastic sleeve. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sleeve ialah sarung. Cadangan kami ialah sarung plastik jika bersesuaian dengan konsep produk tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2015 |
Salam, Saya ingin bertanya apakah kata terjemahan yang paling tepat untuk "coffee sleeve"? Thanks | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "coffee sleeve" dalam pangkalan data istilah DBP. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelapik luar cawan. | Istilah | 28.12.2016 |
Berkaitan dengan carian peribahasa ukur baju di badan sendiri. Persamaannya dalam bahasa Inggeris mengandungi kesalahan ejaan. Stretch your arm no further than your sleeve will reachSekian, terima kasih | Kami maklum berkenaan kesalahan ejaan 'Stretch' yang dieja 'Strech dan ejaan 'sleeve' yang dieja 'slave'. Terima kasih. | Lain-lain | 28.04.2021 |
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut: ber- (be-, bel-) awalan 1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan; 2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji; 3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan; 4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur; Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana. | Lain-lain | 24.06.2021 |