| Perkataan slim fit jika diterjemahkan bagaiman ye utk saya buat iklan | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "slim fit" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah muat padan. | Istilah | 27.05.2016 |
| Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya berkaitan translation dalam bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Air dried noodles 2. Plant-based noodles 3. Air dried broad noodles 4. Air dried slim noodles Perkataan ini adalah utk pelabelan makanan. Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu pihak kami. Sekian, terima kasih. Yg benar, Nurleeyana Khalil | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Air dried noodles: Mi kering 2. Plant-based noodles: Mi berasaskan tumbuhan 3. Air dried broad noodles: Mi lebar kering 4. Air dried slim noodles: Mi halus kering Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.06.2023 |