apakah makna slogan dan slogan terbahagi kepada berapa jenis? siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"/ perlukan jawapan segera..terima kasih. | Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. | Makna | 30.01.2011 |
Dzufi Iszura 11.54 PAGI Dzufi Iszura Dzufi Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak bertanya komen DBP mengenai slogan-slogan kerajaan yang mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia seperti "Jangan Kawtim, Jangan Settle" atau "YouCanDuit". Ini kerana saya teringat beberapa tahun dahulu stesen tv swasta mendapat kritikan hebat dalam menamakan karnival mereka "Sure Heboh" atas sebab yang sama. Terima kasih. Dzufi Iszura Pensyarah UiTM Sarawak. | Waalaikumussalam. Tuan/Puan, DBP memang tidak bersetuju dengan perbuatan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam slogan dan penamaan program. Saranan agar tidak mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam penamaan program jabatan dan kementerian telah banyak kali disebut, dan baru-baru ini telah dikemukakan lagi oleh YB Menteri Pendidikan selaku Pengerusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dianggotai oleh 18 kementerian. DBP sentiasa berusaha memberikan nasihat dan pandangan terhadap pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul. | Lain-lain | 08.05.2017 |
Assalamualaikum, Dalam surat kiriman rasmi ada slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA". Ada juga jabatan lain memasukkan slogan jabatan mereka sendiri atau memeasukkan juga tema Hari Kebangsaan "SEHATI SEJIWA". Soalannya, yang manakah perlu ditulis dahulu? BUN atau slogan jabatan sendiri atau tema Hari Kebangsaan? Terima kasih | Dalam surat kirirman rasmi, slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" diletakkan di bahagian atas, slogan-slogan lain diletakkan selepasnya, seperti: "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' "SLOGAN JABATAN" "SLOGAN HARI KEBANGSAAN/KEMPEN SEMASA" | Tatabahasa | 17.11.2015 |
siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"? | Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. | Lain-lain | 30.01.2011 |
Slogan mana yang betul penggunaan perkataannya ? i) Integriti sifar rasuah atau ii) Integriti menuju sifar rasuah Terima kasih | Pada pandangan kami, “Integriti Menuju Sifar Rasuah” lebih sesuai digunakan. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.06.2017 |
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali. | Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogankan mempunyai sesuatu sebagai slogan; bercogankatakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu. Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.
| Tatabahasa | 11.09.2013 |
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. | Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan. | Tatabahasa | 28.02.2014 |
apakah yang dimaksudkan slogan sebagai mesej yang tersurat dan tersirat? | Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan atau panduan sesuatu pertubuhan, kempen dan sebagainya. Slogan mestilah jelas dan mudah difahami dan lazimnya membawa maksud yang tersurat sahaja. | Makna | 13.01.2011 |
slogan merupakan kata yang pendek tetapi memberi kesan. siapakah yang mencipta slogan kami prihatin dan anda bijak jauhi zina? | Pertanyaan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk organisasi yang menggunakan/menguar-uarkan slogan berkenaan. | Lain-lain | 13.01.2011 |
3 contoh Slogan 1. Bersatu Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras Kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sejahtera, Perpaduan Terbina | Untuk makluman. ketiga-tiga slogan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, slogan yeng pertama perlu diletakkan tanda koma selepas "Bersatu". Oleh itu, slopgan yang berikut adalah betul dan boleh digunakan. 1. Bersatu, Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sehajtera, Perpaduan terbina | Tatabahasa | 14.04.2014 |