Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata small

Peribahasa

628

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears, but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya memohon sesalinan sijil pengesahan bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
small;">Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).
small;">
small;">Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.
small;">
small;">Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.
small;">
small;">Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak.
Lain-lain18.11.2021
Mohon semak ayat di bawah: 1. Cinta terhadap negara 2. prihatin terhadap Ali 3. rindukan ibu

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:
small;">
1.   small;">Saya cinta akan negara.
small;">2.   small;">Saya prihatin terhadap Ali.
small;">3.   small;">Saya merindui ibu.


Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575.

Tatabahasa13.03.2025
Apakah terjemahan dalam BM untuk perkataan Inggeris "Breakout Room" yang bermaksud "a small meeting room or a separate part of an internet meeting where a small group can discuss a particular issue before returning to the main meeting". Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi breakout room ialah ruang atau bilik perbincangan kendiri. Walau bagaimanapun, cadangan padanan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan18.05.2021
Apakah terjemahan Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "surau"? Bolehkah "small mosque" digunakan? Sasarannya adalah mereka yang tidak faham konsep surau.Lihat pada konteks penggunaannya dan konsep binaannya. Jika dibina khusus sebuah surau, mungkin boleh digunakan istilah small mosque, namun jika hanya ruang di dalam bangunan lain seperti di kompleks beli-belah, maka perkataan pray room lebih sesuai digunakan.Penyemakan dan penterjemahan23.03.2015
Bagaimana dengan status bagi Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin?

small;">Salam sejahtera tuan yang budiman,

small;">Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan.

small;">Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP.

Sekian, terima kasih.

small;"> 

Karya29.12.2025
Lewat ini, istilah peluncuran ada digunakan oleh sebagai kata ganti kepada istilah perasmian. Adakah ianya merupakan istilah yang betul?

small;">Peluncuran dan Pelancaran

small; text-align: justify;">Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian.

small; text-align: justify;">Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020.

small; text-align: justify;">Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.

Makna03.01.2024
Penggunaan istilah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Industri Kecil dan Sederhana.Istilah betul bagi terjemahan kepada 'SME'Istilah yang digunakan selama ini ialah industri kecil dan sederhana.Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami dimakluman bahawa sekarang ada dua istilah yang berbeza, iaitu small medium industry (SMI) dan small medium enterprise (SME). Oleh itu, kami mencadangkan industri kecil dan sederhana digunakan untuk small medium industry (SMI) dan perusahaan kecil dan sederhana digunakan untuk small medium enterprise (SME).Istilah06.04.2011
Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana
small;">Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. 
small;">
small;">1. Saya pun tak tahu,  "sebab/tujuan" saya datang. Betul
small;">
small;">2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul
small;">
small;">Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya  sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan.
small;">
small;">3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul
small;">
small;">Sama seperti ayat 2.
small;">
small;">4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul

Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan.
Tatabahasa25.03.2021
Apakah padanan untuk 'X' dalam bahasa Melayu untuk saiz pakaian? Misalnya XS, XXXL yang kadangkala akan ditulis X-Small, XXX-Large. Adakah bahasa Melayu akan menulis X-Kecil, XXX-Besar? Atau Kecil-X dan Besar-XXX? Bagaimana pula penulisan singkatannya? (XS, S, M, L, XL, XXL, dst.)Maksud bagi simbol "X" yang digunakan pada saiz pakaian ialah merujuk kepada "ektra" atau "lebih". Cadangan terjemahan bagi saiz pakaian ialah:
Extra Small (XS) - "Lebih Kecil (XS)" 
Small (S) - "Kecil (S)"
Medium (M) - "Sederhana (M)"
Large (L) - "Besar (L)"
Extra Large (XL) - "Lebih Besar (XL)"
Double Extra Large (XXL) - "Besar Ganda (XXL)"
Makna10.04.2022
Patutkah "kan" dalam ayat ini dijarakkan? Juga apakah kelas kata "kan" di sini?: Saya ingat kan kucing, rupanya lembu.
small;">Ejaan yang betul ialah "ingatkan". Perkataan "ingatkan" dieja secara rapat kerana perkataan tersebut merupakan kata terbitan yang terdiri daripada imbuhan akhiran -kan. Contoh ayat yang lebih tepat ialah "Saya menyangkakan itu kucing, rupanya lembu.". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk small;">Tatabahasa Dewan Edisi Ketigasmall;"> (DBP, 2015), halaman 183-186. 
Tatabahasa31.01.2026
123456789

Kembali ke atas