Puan Fatmah guru di SMK Kelana Jaya .. Apakah pola ayat bagi ayat ini? Puan Fatimah guru / di SMK Kelana Jaya FN + FS atau Puan Fatimah / guru di SMK Kelana Jaya FN + FN Terima kasih | Pola ayat: Puan Fatimah (FN) guru di SMK Kelana Jaya (FN) | Tatabahasa | 02.11.2017 |
JIKA PENGETUA SEKOLAH SEORANG PEREMPUAN, DI DALAM MAJLIS RASMI ADAKAH KITA MENYEBUT "YANG BERUSAHA "TUAN" PENGETUA SMK. PEKAN II KOTA BELUD, PN. LATIFAH HJ. MUSTAKIM..." ATAU "YANG BERUSAHA "PUAN" PENGETUAN SMK. PEKAN II KOTA BELUD..."? KELIRU ANTARA PUAN DAN TUAN, UNTUK DALAM UCAPAN MAJLIS RASMI. TERIMA KASIH. | Jika Pengetua yang dimaksudkan itu adalah seorang perempuan, yang disarankan ialah Puan Pengetua. Bagaimanapun, jika Pengetua itu tidak diketahui jantina, sama ada perempuan atau lelaki, yang dicadangkan ialah tuan pengetua. Harap maklum. | Tatabahasa | 29.10.2007 |
Bentuk penulisan yang manakah betul bagi contoh di bawah? S.M.K. Seri Setia atau SMK Seri Setia S.K. Taman Midah atau SK Taman Midah | Bentuk yang betul: 1. SMK Seri Setia 2. SK Taman Midah | Ejaan | 17.01.2017 |
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih. | Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa. Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan. Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi puan kepada DBP. | Lain-lain | 08.04.2014 |
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih. | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.01.2015 |
Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan 6 SMK Seri Serdang. Boleh tak terangkan perbezaan antara Kolokasi dengan Hiponim dan juga perbezaan Homonim dengan Polisemi. Terangkan secara terpeinci bersama contoh. | Wa alaikumussalam. Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (misalnya dalam ayat). Manakala hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kambing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang. Homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (ketam, paku). Manakala polisemi bermaksud sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Untuk mendapatkan contoh dan penerangan yang terperinci, puan dinasihatkan untuk membuat kajian lapangan dengan mencari buku linguistik di perpustakaan berhampiran. | Tatabahasa | 20.10.2014 |
1. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel. 2. Cikgu Faridah seorang yang baik hati. 3. Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2. Ada guru yg memberikan jwp spt berikut: ayat 1 : FN+FN ayat 2 : FN + FA ayat 3 : FN + FS Pd pendapat saya, yg betul ialah: ayat 1 : FN + FK (kerana bernama ialah kata kerja) ayat 2 : FN + FN (subjek ialah Cikgu Faridah, FN; predikat ialah seorang yg baik hati, FN juga. Jika ayat ialah "Cikgu Faridah baik hati", maka pola barulah FN + FA) ayat 3 : FN + FN (predikat ialah guru di ...., iaitu FN). Jika ayat ialah "Cikgu Faridah di SMK Taman Universiti 2", barulah FN + FS. Harap pihak tuan dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. Drp: Cikgu Chow | Penerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 18.08.2015 |
Saya seorang pelajar tingkatan 6 di sekolah SMK. SAAS, saya bercita-cita hendak menjadi seorang penulis setelah tamat pengajian di tingkatan 6 Atas. Pertanyaan yang hendak saya ajukan ialah bagaimana saya hendak menuju untuk menjalani rancangan cita-cita itu.,? | Untuk menjadi seorang penulis, pertama sekali saudara perlu kenal pasti bidang apa yang saudara hendak tulis misalnya novel, cerpen, puisi atau buku umum seperti buku motivasi. Kemudian saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Buku panduan tentang teknik penulisan juga banyak terdapat di pasaran yang saudara boleh baca. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Dan akhir sekali, untuk menjadi seorang penulis yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat seni yang semula jadi. | Lain-lain | 12.11.2010 |
memeriksa perkataan pada banner majlis Graduasi dan Inovasi SMK Ghafar baba 2015 | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 06.03.2015 |
memeriksa perkataan untuk iklan banner majlis graduasi dan inovasi smk ghafar baba 2015 | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Tatabahasa | 06.03.2015 |