Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070 | Untuk makluman YBhg. Prof., DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2021 |
Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070 | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 25.06.2021 |
Yang mana lebih tepat : 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ..." atau "Dari soal selidik yang dijalankan didapati ...." 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." atau "Daripada aspek kemudahan masyarakat pula" 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" atau "... dengan diameter di antara 7 hingga 8 meter" | Yang betul ialah - 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ...", 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" . | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Selamat petang, saya edward pelajar Master di UPSI. Sekiranya boleh, saya ingin mendapatkan khidmat penterjemahan daripada pihak DBP untuk membantu saya melakukan penterjemahan dalam soal selidik saya. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, soal selidik yang saya gunakan adalah dalam bahasa inggeris dari luar negara. Jadi, amat pentinglah bagi saya untuk meminta pihak tuan/puan melakukan penterjemahan untuk soal selidik yang saya lampirkan secara bersama. Pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 0194125732 atau di alamat emel edward_batin@yahoo.com. Kerjasama daripada pihak DBP amatlah saya hargai.Lampiran soal selidik saya lampirkan dalam file yang diattach. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan terlebih dahulu dan panjang teks/dokumen tidak melebihi tiga halaman. | Tatabahasa | 10.12.2015 |
Kami sedang membuat terjemahan soal selidik (Roland Morris Disability Questionnaire) yang telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Bagaimana saya boleh mendapatkan nasihat berkenaan struktur ayat, perkataan yang sesuai di dalam soal selidik yang telah di terjemah kepada Bahasa Melayu ini. | Puan boleh e-melkan dokumen tersebut kepada fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk sebut harga dan tempoh semakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2022 |
assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan perkhidmatan menyemak terjemahan soal selidik (BI-BM). Adakah pihak DBP menyediakan perkhidmatan ini? Sekiranya ada, bagaimana prosedur dan bayarannya? Bersama-sama ini saya sertakan soal selidik yang telah diterjemahkan untuk disemak. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | Kami tidak menyediakan khidmat semakan terjemahan untuk dokumen. Namun begitu, kami tidak keberatan untuk membantu jika semakan tersebut tidak melebihi satu halaman penuh. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2015 |
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kali | Jawapan yang betul ialah: 1. temu duga 2. soal selidik 3. masa kini 4. kadangkala 5. ubah suai 6. acap kali | Ejaan | 05.04.2013 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara borang soal selidik dan borang kaji selidik. Harap dapat membantu, terima kasih. | Soal selidik ialah sejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu; Manakala kaji selidik pula ialah kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dengan nyata; | Makna | 21.09.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Siti Fatira, pelajar perubatan International Medical University (IMU), ingin membuat kajian mengenai Autisme di Seremban. Bagi menjayakan kajian ini, saya perlu terjemahkan 1 soal selidik yang berbahasa inggeris ke bahasa Melayu. Oleh itu, saya ingin meminta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menyemak soal selidik yang telah siap diterjemahkan. Tetapi, saya tidak mengetahui cara- cara untuk berhubung dengan pihak tuan bagi menyemak soal selidik tersebut. Bolehkah pihak tuan perjelaskan cara-cara untuk saya meminta khidmat nasihat dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka? Terima Kasih. Kerjasam daripada pihak tuan amatlah dihargai. | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat Bahasa hanya menyemak dokumen yang tidak melebihi tiga halaman. Dokumen akan disemak dalam tempoh seminggu minggu dan akan di-e-mel kepada puan setelah selesai disemak.
| Lain-lain | 27.11.2015 |
SALAM, Saya merupakan pelajar sarjana daripada uitm ingin menyemak penggunaan bahasa melayu bagi set soal selidik yang telah diterjemah daripada bahasa inggeris. Adakah pihak tuan juga boleh mengesahkan bahawa dokumen yang dihantar telah disemak oleh pakar bahasa? | Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan pemnyemakan dokumen termasuklah soal selidik. Khidmat Nasihat DBP memberikan tumpuan dalam membantu pengguna bahasa menyelesaikan permasalahan tentang bahasa seperti ejaan, istilah, tatabahasa; sastera dan penerbitan. | Lain-lain | 27.04.2015 |