Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.a.lan] | سوءالن

Definisi : sesuatu yg ditanyakan (dlm pepe­riksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pe­muda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan tatabahasa: "Anda tidak dibenarkan menggunakan kalkulator." Adakah ayat di atas ini betul? Ada apa-apa kesalahan? Bolehkah dua perkataan dengan imbuhan "kan" diguna sama sekali dalam satu ayat?Ayat "Anda tidak dibenarkan menggunakan kalkulator." adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kalkulator."Tatabahasa24.07.2025
Soalan seperti di Lampiran. Terima kasih

1.       Cara penulisan yang betul ialah  28oC hingga 29oC dan 5% hingga 10%

2.       Ya, cara penulisan ini terpakai untuk unit lain.

3.       Penggunaan perkataan hingga boleh digantikan dengan tanda (-) pisah . [Rujukan Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 114]

Lain-lain10.04.2025
Soalan berdasarkan dokumen
Ayat yang betul ialah:

Ketam merah ialah spesies ketam yang hidup di kawasan terumbu di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Tatabahasa22.03.2025
SOALAN DI LAMPIRAN FAIL. TERIMA KASIH.Padanan bagi istilah adversity dalam bahasa Melayu ialah kesusahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah kepelbagaian dan diversiti kedua-duanya boleh digunakan kerana ia membawa maksud yang lebih kurang sama menurut Kamus Dewan Perdana, iaitu keadaan sesuatu yang pelbagai.
Penyemakan dan penterjemahan21.02.2025
Soalan pada 16 ogos dan 17 ogos masih belum dijawab. Mohon disegerakan

Soalan yang dikemukakan kurang jelas. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci.

 

Lain-lain05.09.2025
Soalan mengenai ejaan kalimah tauhidAssalamualaikum w.b.t

Merujuk kepada soalan tuan, ejaan yang lebih tepat sebenarnya bergantung kepada konteks penggunaan dan gaya penulisan yang diikuti. Ejaan "Kalimah Tauhid" dengan huruf besar pada kedua-dua perkataan lebih tepat jika merujuk kepada istilah khusus dalam konteks keagamaan, kerana dianggap sebagai kata nama khas yang merujuk kepada konsep penting dalam Islam. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata nama khas ditulis dengan huruf besar yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sebaliknya, "kalimah tauhid" dengan huruf kecil lebih sesuai digunakan dalam konteks umum sebagai kata nama am tanpa penekanan khusus terhadap konsep tersebut.

Sekian, terima kasih.
Ejaan24.03.2025
Saya hendak mencadangkan kata "difenestresen" untuk memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam bidang Kriminologi. Kata "difenestresen" berasal daripada bahasa Inggeris, yakni kata "defenestration" yang bermaksud tindakan membuang atau menolak seseorang keluar daripada tingkap.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah defenestration ialah penyahjendelaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.12.2025
Betulakah penggunaan ialah dalam ayat ini: Tugas utama ketua darjah ialah memastikan semua pelajar di dalam kelas bekerjasama.Ayat yang betul ialah "Tugas utama ketua darjah adalah untuk memastikan semua pelajar di dalam kelas bekerjasama."Tatabahasa09.02.2026
Saya ingin menyemak terjemahan bagi 1) Product Highlight Sheet - Helaian Sorotan Produk 2) Responsibility Statement - Pernyataan Tanggungjawab, yang terdapat dokumen perbankan.

Product Highlight Sheet - helaian sorotan produk

Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya.

  

Responsibility Statement - pernyataan tanggungjawab

Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya. Contohnya, bidang perbankan, tadbir urus korporat atau pengurusan sumber manusia
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2026
Apakah jenis kata kerja bahasa Melayu? Kata kerja aktif dan kata kerja pasif. ATAU Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Golongan kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja transitif (wujud dalam ayat aktif dan ayat pasif) dan kata kerja tak transitif (berpelengkap dan tidak berpelengkap).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan golongan kata kerja, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 88 – 90.

Tatabahasa11.02.2026
12345678910...

Kembali ke atas