Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan aging society, smart society dan super smart society (istilah ini banyak digunakan dalam perbincangan Society 5.0) Terima kasih. | 1. Padanan perkataan "aging society, smart society dan super smart society" dalam bahasa Melayu ialah "masyarakat berusia," "masyarakat pintar" dan "masyarakat unggul" | Istilah | 06.09.2019 |
Apakah wujud istilah khas untuk : 1. Killer bee 2.Acclimatizaion society contoh American Acclimatization Society 3.Sweepstakes contoh: Rare chance events that cause accidental dispersals are known as sweepstakes 4.Island hop contoh: It is thought that animals inhabiting carribean islands , island-hopped through the chain from South America 5. Great American Interchange 6.Filter bridge 7.Cretaceous Western Interior Seaway Kesemua istilah ini dalam bidang geografi/biologi/ekologi Terima kasih | Untuk makluman, kesemua istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479159/21479163 untuk mengetahui sama ada istilah-istilah ini telah mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. | Istilah | 29.12.2014 |
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan dengan pelaksanaan 'low carbon society' di universiti saya. Soalan saya adalah, apakah terjemahan yang sebetulnya bagi frasa 'Low Carbon Society'? adakah ianya: 'Masyarakat Rendah Karbon'; 'Masyarakat Karbon Rendah' atau 'Masyarakat Berkarbon rendah'? | Dalam data kami, belum terdapat padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan Low Carbon Society. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan Persekitaran Berkarbon Rendah bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.01.2017 |
Miyuki Kimura adalah merupakan seorang anggota ''Japan Origami Academic Society''.... Soalan:Yang mana lebih sesuai digunakan di dalam ayat tersebut, adalah atau ialah? | Miyuki ialah anggota "Japan Origami Academic Society". | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Apakah istilah bahasa Melayu dalam bidang teknologi bagi perkataan Society 5.0, Internet of Things (IoT), blockchain, human centred dan technology based | Berikut merupakan padanan untuk istilah yang berkaitan dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep: - Society 5.0: Masyarakat 5.0 - Internet of Things: Internet benda - Blockchain: blok rantai - human centred: Pusat Kemanusiaan - technology based: berasaskan teknologi
| Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2019 |
apakah terjemahan untuk fission-fusion society | Salam sejahtera, Tuan, Sila beri maklumat umum berkenaan persatuan ini untuk diberi padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.09.2017 |
Assalamuaikum tuan, Saya Muhammad Zarul Azam pelajar UiTM Seremban 3 dan saya dari persatuan Corporate Administration Student Society. Persatuan saya ada buat program membantu kanak-kanak rohingya di Selayang dan aktiviti yang diadakan termasuk memberi sumbangan buku teks sekolah kepada kanak-kanak rohingya. Jadi, saya di sini ingin meminta jasa baik dari pihak tuan untuk membantu persatuan saya dalam memberi sumbangan buku teks kepada kanak-kanak rohingya. Di sini saya sertakan proposal program. Saya harap Tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya ini, Terima Kasih. | Wassalam. Kami sangat menghargai pergorbanan tuan dalam membantu kanak-kanak Rohingya. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, tuan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Tuan Haji Razali Che Mat melalui talian 03-21479155 atau Encik Azimin Daud 03- 21479485 untuk sebarang pertanyaan. | Lain-lain | 08.06.2017 |
Menurut sumber 'Sumber: Scott, C. P. G. (1896). The Malayan Words in English. Journal of the American Oriental Society' orang Melayu sudah lama membezakan anteater (myrmophaga) dengan pangolin menggunakan istilah penggoling rambut (anteater) dan panggoling sisik, dikatakan istilah tenggiling tepat. Maka, saya cadangkan DBP untuk semak semula padanan anteater yang masih dipadankan dengan tenggiling dan menukarnya ke tenggiling rambut atau pengguling rambut. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2019 |
Saya ingin bertanyakan istilah yang tepat bagi terma 'social boundaries' dalam Bahasa Melayu. Satu lagi jawapan yang diperlukan ialah berkenaan istilah masyarakat multibudaya atau dalam Bahasa Inggeris sebagai multicultural society. Terjemahan sebagai masyarakat multibudaya atau masyarakat pelbagai budaya? | 1. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk social boundaries dalam pangkalan data kami. Namun begitu, kami mencadangkan padanan istilah bahasa Melayu ialah batasan sosial. 2. Kedua-duanya boleh digunakan. a) Masyarakat multibudaya b) Masyarakat pelbagai budaya | Istilah | 15.10.2019 |
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanyakan mengenai apakah maksud kepada perkataan "Birdwatching" di dalam Bahasa Melayu. Mengikut terjemahan Kamus DBP, ianya bermaksud mengkaji burung. Pihak kami menerima maksud terjemahan yang lain dari Malaysia Nature Society yang mana telah memberikan maksud "Mencerap Burung" atau sebagai aktiviti pemerhatian burung. Mohon pihak DBP dapat memberikan maklumbalas kepada persoalan ini. Sekian, terima kasih. | Bird-watching boleh diterjemahkan kepada mengkaji burung atau juga mencerap burung berdasarkan konteks penggunaan yang lebih sesuai. Tidak semua yang terlibat itu mengkaji burung, maka kata mencerap burung lebih sesuai digunakan dalam keadaan tertentu. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2015 |