Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.da] | سودا

Definisi : 1. pelbagai jenis sebatian natrium (ter­utamanya karbonat) dlm bentuk hablur atau serbuk yg digunakan utk masakan atau cucian; ~ abu = ~ basuh (pencuci) natrium karbonat; ~ kapur campuran natrium hidroksida dgn kalsium hidroksida; ~ kaustik = ~ api natrium hidroksida; ~ penaik natrium hidrogen kar­bonat; 2. = air ~ sj minuman yg berbusa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.da] | سودا

Definisi : nama utk beberapa jenis sebatian natrium (spt natrium karbonat, natrium bikarbonat dan natrium hidroksida). ~ api soda yg keras atau yg kuat sekali. ~ basuh soda yg digunakan sbg bahan dlm serbuk pencuci atau dlm sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah untuk menterjemahkan "Natural Baking Soda" sebagai "Soda Penaik Semulajadi" dalam BM?
"Natural baking soda" boleh diterjemahkan kepada "soda penaik semula jadi" atau "soda penaik asli".

Sila ambil maklum, ejaan "semula jadi" dieja jarak.
Penyemakan dan penterjemahan27.06.2023
Minuman kegemarannya ialah Cola, Soda dan 100 plus. Ayat ini oleh diterima?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009

Kembali ke atas