Mana satu yang betul bagi terjemahan "softball", adakah "sofbal" atau "sofbol"? Kedua2 terjemahan ada di PRPM dan agak mengelirukan yang mana satu yang mana salah. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sofbol bermaksud sejenis permainan besbol yg menggunakan bola yg lebih besar dan lebih lembut. Manakala sofbal tiada makna di dalam Kamus Dewan. Oleh itu, ejaan yang tepat untuk terjemahan "softball" ialah sofbol. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2020 |
Saya nak tahu apa istilah Bahasa Melayu untuk "batting cage" yang selalu digunakan untuk latih permainan sofbol atau besbol | Kami mencadangkan "batting cage" diterjemahkan sebagai "kurungan pukul". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 21.04.2022 |
Mohon semakan makna dan kata seerti bagi "kebitaraan"?. Contoh ayat diterima adalah tajuk surat "memohon sumbangan kewangan bagi pembiayaan kebitaraan sofbol". | Bitara bermaksud tiada tara, tiada contoh penggunaan perkataan kebitaraan dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun mengambil konsep makna kata terbitan daripada apitan ke-...-an dengan kata dasar membawa maksud perihal bitara. Penggunaan kebitaraan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat. | Makna | 15.05.2017 |