Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : b. (colloq) be attracted to so., terpikat dgn sso: he is ~ on the girl next door, dia terpikat dgn gadis yg berjiran dengannya; take a ~ line with so., bersikap terlalu fleksibel thdp sso. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ in the head, (colloq), silly, bodoh; mad, miring: don’t take him seriously. I think he’s gone ~ in the head, jangan pedulikannya. Saya rasa dia sudah miring; be ~ on so., a. be too lenient with so., terlalu berlembut dgn sso: a teacher should not be too ~ on her students, seorang guru tdk patut terlalu berlembut dgn murid-muridnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 13. (of drink) ringan: only ~ drinks will be served on board,hanya minuman ringan akan dihidangkan dlm penerbangan; 14. ( of drugs) ringan; 15. (phon) lembut: the “c” in “decide” is ~, so is the “g” in “rigid”, huruf “c” dlm perkataan “decide” lembut, begitu juga huruf “g” dlm perkataan “rigid”; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 11. flabby, lembik: ~ muscles, otot-otot yg lembik; 12. (ref to diet) mudah hadam: the patient has been put on a ~ diet, pesakit itu diberi makanan mudah hadam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 9. (colloq, often derog) involving little effort, easy, (of life) senang; (of job) ringan: to lead a ~ life, hidup senang; he has a pretty ~ job in the city, dia mempunyai kerja yg agak ringan di kota; 10. (of water) lembut: soap lathers well in ~ water, sabun mengeluarkan buih yg banyak apabila dicampurkan dgn air lembut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. too sensitive or sympathetic, lembut hati: she cried buckets when she watched the film – she’s awfully ~, dia menangis beria-ia semasa menonton filem itu – dia terlalu lembut hati; c. lenient, not strict enough, berlembut: you have been too ~ with those kids, kamu terlalu berlembut dgn budak-budak itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 8. a. kind, gentle, lembut: although he looks stern he has a ~ heart, walaupun dia kelihatan serius, hatinya lembut or dia berhati lembut; a ~ and caring person who would not harm a fly, seorang yg lembut dan mengambil berat ttg orang lain serta sangat baik hati; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. indistinct, berbalam-balam: in the distance we could see the ~ outline of the mountain, di kejauhan kami dapat melihat bentuk gunung yg berbalam-balam; 7. (of curves, lines, etc) not sharp, beralun lembut: the ~ folds of her skirt, lipatan skirtnya yg beralun lembut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. (of colour, light) lembut: her hair gleamed in the ~ lamplight, rambutnya kelihatan berkilau-kilauan dlm cahaya lampu yg lembut itu; she bought a blouse of ~ pink to wear with her grey skirt, dia membeli sehelai blaus merah jambu lembut utk dipakai dgn skirt kelabunya; the bridal suite was decorated in ~ colours, bilik pengantin perempuan dihias dgn warna-warna lembut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. a. (of sound) not loud, faint, perlahan: the sound grew ~er and ~er, bunyi itu semakin perlahan; b. (of voice etc) subdued and pleasing, lembut: she spoke in a ~ voice, dia bercakap dgn suara yg lembut; ~ music played in the background, muzik lembut dimainkan sbg muzik latar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. not forceful, a. (of breeze) lembut, sepoi-sepoi bahasa, silir-semilir: a ~ breeze stirred the palm fronds, angin sepoi-sepoi bahasa menggerak-gerakkan daun pokok palma; b. (of rain) renyai-renyai; c. (of bump, knock, tap, etc) lembut: she felt a ~ tap on her shoulder, dia terasa tepukan lembut di bahunya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. smooth, delicate in texture, lembut: he has a wallet made of ~ leather, dia mempunyai dompet yg dibuat drpd kulit lembut; the ~ skin of a baby, kulit lembut bayi; her evening gown was made from a very ~ material, gaun malamnya dibuat drpd kain yg begitu lembut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : their footprints were clearly marked in the ~ ground, bekas tapak kaki mereka tertera dgn jelas pd tanah yg lembut itu; I prefer a ~ mattress to a hard one, saya lebih suka tilam empuk drpd tilam keras; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : use a ~ pencil to shade in the area, gunakan pensel lembut utk menggelapkan bahagian itu; ~ toys, mainan lembut; gold is a relatively ~ metal, secara relatif, emas ialah logam yg lembut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. not firm, stiff or hard, lembut; (of pillow, mattress, chair, etc) empuk, lembut: knead the dough until it is ~, uli doh itu sehingga lembut; the ~-cover edition will be priced at $15.00, edisi kulit lembut akan dijual dgn harga $15.00; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soft


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adakah terjemahan "perkhidmatan lembut" bagi "soft services" dan "perkhidmatan keras" bagi "hard services" sesuai? Penjelasan "soft services" ialah "Soft services are ones which make the workplace more pleasant or secure to work in. They are not compulsory and can be added and removed as necessary. Examples of soft services: cleaning, window cleaning, security, mail management, waste management, catering." Penjelasan "hard services" ialah "Hard services are ones which relate to the physical fabric of the building and cannot be removed. They ensure the safety and welfare of employees and generally are required by law. Examples of hard services: lighting, plumbing, fire safety systems, air conditioning, building maintenance." Terima kasih.Berdasarkan semakan kami terhadap cadangan terjemahan dan skop yang diberikan kami mencadangkan soft services dan hard services diterjemahkan kepada kerja ringan dan kerja berat. Mohon maaf atas kelewatan kami memberikan jawapan.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2017
Salaam. Apakah ada terma khas untuk "soft furnishing"? Jika dialih bahasa secara literal, soft furnishing bermaksud perabot lembut iaitu maksudnya kurang tepat. Soft Furnishing biasanya merujuk kepada barangan di dalam rumah seperti karpet, bantal, langsir, kelambu, alas kaki, alas kerusi & meja, dan sebagainya. Biasanya soft furnishing di perbuat dari benang, kapas, sutera dan sebagainya. Soalan saya, apakah terma yang sesuai dalam bahasa melayu yang merujuk kepada "soft furnishing"? Kerana menggunakan terma soft furnishing lebih tepat berbanding "perabot lembut" Terima kasih atas bantuan.Kami mencadangkan padanan untuk perkataan soft furnishing ialah hiasan rumah atau kelengkapan rumah.

Walau bagaimanapun, sekiranya tuan hendak memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan padanan kata Melayu dengan bahasa asing, tuan boleh layari laman web Gerbang Kata DBP dan membuat pendaftaran kata pada bahagian Saran Kata.

http://ekamus.dbp.gov.my/
http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx
Makna25.03.2021
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
soft industryindustri ringanIstilah15.08.2014
soft copy dalam bahasa melayu

Khidmat nasihat bahasa menyediakan khidmat penyemakan tetapi terhad kepada 100 patah perkataan. Khidmat yang melebihi jumlah perkataan tersebut boleh dibuat oleh pegawai DBP tetapi di luar waktu pejabat.

Penyemakan dan penterjemahan09.11.2014
soft skillkemahiran insaniIstilah04.07.2011
SOFT COPYSALINAN LEMBUTIstilah10.03.2011
SOFT LAUNCHPELANCARAN LUNAKIstilah01.11.2010
soft skills hard skills core skillskemahiran ilmiahLain-lain21.05.2007
Apakah yang lazim digunakan bagi istilah 'soft copy'? Apakah perbezaan SALINAN SOFT COPY dengan SALINAN DIGITAL?

Puan,

"Soft copy" dan salinan digital ialah perkara yang sama, iaitu salinan dalam bentuk digital,iaitu dalam disket dsb..   "hard copy" pula ialah salinan cetak. 

Istilah09.11.2010
1234567

Kembali ke atas