Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soft copy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang lazim digunakan bagi istilah 'soft copy'? Apakah perbezaan SALINAN SOFT COPY dengan SALINAN DIGITAL?

Puan,

"Soft copy" dan salinan digital ialah perkara yang sama, iaitu salinan dalam bentuk digital,iaitu dalam disket dsb..   "hard copy" pula ialah salinan cetak. 

Istilah09.11.2010
Permohonan Soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu. Assalalmualaikum dan Salam sejahtera. Saya SITI SYAKIRAH BINTI SAZALI, pelajar sepenuh masa DOCTOR OF PHILOSOPHY (COMPUTER SCIENCE) di UiTM SHAH ALAM ingin memohon soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu untuk penyelidikan saya. Bagaimanakah caranya untuk proses permohonan ini?Segala permohonan mengenai data tesaurus, puan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Peristilahan melalui talian 03-21479159 (Puan Siti Nur Atiqah binti Amirudin).Lain-lain31.10.2016
Untuk penggunaan "hard-copy" dan "soft-copy" apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai? Terima kasih.Soft copy diterjemahkan kepada salinan lembut, hard copy diterjemahkan kepada salinan cetak/salinan keras.Tatabahasa02.07.2013
Perkataan seperti dibawah apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai apa? a. Soft copy b. Hard copy c. pen drive/ thumb drive . Terima kasihSoft copy diterjemahkan kepada salinan lembut, hard copy diterjemahkan kepada salinan cetak/salinan keras dan pen drive atau thumb drive diterjemahkan kepada pemacu pena.Istilah19.10.2012
1)dalam bidang ict, apakah terjemahan yang paling sesuai untuk perkataan "soft copy" dan "hard copy". 2) Saya sering temui perkataan "KOSWER" dlm B.Melayu untuk padanan "Courseware".Adakah ia diterima pakai?

Soft copy: salinan skrin atau salinan lembut.

Hard copy: salinan cetak atau salinan keras.

Courseware: Perisian kursus.

Istilah13.03.2009
soft copy dalam bahasa melayu

Khidmat nasihat bahasa menyediakan khidmat penyemakan tetapi terhad kepada 100 patah perkataan. Khidmat yang melebihi jumlah perkataan tersebut boleh dibuat oleh pegawai DBP tetapi di luar waktu pejabat.

Penyemakan dan penterjemahan09.11.2014
SOFT COPYSALINAN LEMBUTIstilah10.03.2011
Bersama-sama ini dilampirkan 'soft copy' visual iklan papan tanda berwarna sepertimana menjadi syarat yang perlu dilampirkan dalam borang permohonan lesen premis dan lesen iklan papan tanda DBKL. Dalam hubungan ini, saya mohon pihak tuan dapat mengesahkan dan memberi maklumbalas awal. Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan iklan, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain04.08.2011
Assalamualaikum Tuan DBP. Saya mempunyai pertanyaan: 1. Penggunaan bahasa yang digunakan oleh sebuah syarikat televisyen swasta yang menggunakan perkataan KAMPUNG GUA. Saya berpendapat boleh digantikan dengan perkataan KAMPUNG SAYA. Saya mohon pandangan dari tuan. 2. Dalam surat-menyurat, bahasa yang saya selalu gunakan contohnya BERSAMA-SAMA INI SAYA LAMPIRKAN SOFT COPY KEPADA PIHAK TUAN. Adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan SOFT COPY? Saya menunggu maklum balas dari pihak tuan. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd.1. Pada pandangan kami, siaran media hendaklah menggunakan perkataan bahasa Melayu yang betul dan sesuai kerana media merupakan wadah utama dalam penyebaran bahasa Melayu. Kami setuju dengan pandangan tuan, iaitu KAMPUNG GUA digantikan dengan KAMPUNG SAYA.

2. Padanan bahasa Melayu bagi soft copy ialah salinan lembut.
Tatabahasa20.08.2015
Ingin mencari istilah perkatan 'hardcopy dan softcopy' dalam penggunaan bahasa melayu.

hard copy - salinan cetak atau salinan keras

soft copy - salinan lembut

Istilah14.04.2011
12

Kembali ke atas