Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.go/] | سوݢوق

Definisi : Jh kayu panjang di haluan perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.go/] | سوݢوق

Definisi : = wang ~ = sogokan wang rasuah (suap); makan ~ ki menerima rasuah, makan suap; menyogok 1. merodok (ke dlm), menjolok: ia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dgn gelas itu; 2. ki memberi rasuah, me­nyuap; menyogokkan 1. ki memberi rasuah kpd, menyuapi: mereka bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas merah, mereka segera diam; 2. menghulurkan, me­ngunjurkan, mengunjukkan: tangannya ~ dua cawan berisi arak kpd kami; sogokkan sebatang rokok kepadanya; 3. ki menge­mukakan (utk diterima, digunakan, dsb), me­nyorongkan, menonjolkan: sebelum murid-murid disogokkan dgn bahan-bahan pe­lajaran yg lebih formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya; penyogok orang yg memberikan sogokan: ~ juga mesti didakwa di mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.go/] | سوݢوق

Definisi : , = wang ~ wang yg diterima kerana membenarkan berlakunya se­suatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap. menyogok 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 me­rodok ke dlm lubang dll; menjolok. me­nyogokkan 1 memberikan se­suatu sbg rasuah: Setelah disogokkan beberapa keping wang kertas, mereka segera diam. 2 memberikan sesuatu dgn menghulurkannya; mengunjukkan: Tangannya ~ sebatang rokok daun kpd Pak Mat. 3 ki mengemukakan sesuatu utk diterima, digunakan dsb: Sebelum bahan-bahan pelajaran yg lebih formal disogokkan, murid-murid haruslah menguasai beberapa kemahiran persediaan. sogokan wang sogok. penyogok orang yg memberikan sogokan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sogok
Kata Terbitan : menyogok, menyogokkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya bertanya, dari manakah asal usul istilah 'Tumbuk rusuk', dan mengapakah maksudnya 'memberi atau menerima rasuah'?

“Tumbuk rusuk” ialah bahasa kiasan yang membawa maksud perbuatan rasuah, sogok, makan suap.

Makna14.01.2015

Kembali ke atas