Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan Saya Asrin dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), agensi di bawah MITI. Kami ingin mendapatkan pandangan maksud Bribery and Corruption. Adakah kami boleh terjemahkan seperti berikut: Bribery: Suapan Corruption: Rasuah Untuk makluman, kami sedang dalam penyediaan survei BM untuk World Competitiveness Ranking (WCR) oleh IMD. Sekian, terima kasih. | Padanan bagi istilah bribery ialah sogokan dan corruption ialah rasuah. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2156 memberikan makna wang sogokan atau rasuah bagi entri suapan. Mengambil kira padanan istilah yang sedia ada dan kekerapan penggunaan, kami mencadangkan padanan istilah bagi Bribery and Corruption ialah Sogokan dan Rasuah. Penggunaan istilah ini perlulah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaan dalam ayat. | Istilah | 03.03.2025 |
Assalamualaikum. Saya Hafez dari Bandar Baru Bangi. Saya nak tanya makna perkataan kleptokrat / kleptokrasi? Terima kasih. | Salam sejahtera, Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undangundang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumbersumber awam dilarikan oleh individu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi. (Petikan di ambil daripada artikel prosiding Kerajaan Kleptokratik Pasca Reformasi dan Impaknya terhadap Pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohamad Agus Yusoff (2017). E-Proceeding of the 6th International Conference on Social Sciences Research 2017) | Lain-lain | 25.05.2018 |